Zizie Ezette, dah kahwin ke belum? (dalam akhbar sebelum ni, semua tak mengaku)

Berita muka dekan akhbar KOSMO!
Gosip panas sekarang ini ialah Zizie Ezette dah berkahwin wakil rakyat Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin. Tapi pihak yang empunya diri menafikan. Pihak yang digosipkan dengan yang empunya diri pun menafikan jugak. Emak Zizie Ezette pun menafikan semua gosip tu.
Baru-baru ni Bung Moktar makan malam bersama di rumah Zizie Ezette dengan tujuan untuk 'mengenali dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain.' Khathy Fauziah, emak kepada Zizie Ezette mengakui Bung Moktar memang ada datang makan malam di rumahnya di Bukit Antarabangsa. Emak Zizie Ezette berkata lagi yang dia tak kisah mendapat menantu berumur 50 tahun dan suami orang sekiranya telah ditakdirkan begitu. Namun Puan Khathy Fauziah menafikan yang malam Rabu tersebut adalah majlis pernikahan. Semua cerita-cerita yang Zizie Ezette sudah menjadi isteri kedua Bung Moktar adalah tidak benar, kata Khathy.
"Saya belum kawen.."
Zizie Ezette menafikan yang dia sudah menjadi isteri kedua Bung Moktar Radin.
"I'm a woman...tak manis perkara begini datang dari saya. Saya harap semua orang faham. Lagi pun dia suami orang. Saya kena hormati itu."
"Belum kahwin....but let it be! (tentang spekulasi yang dia sudah bernikah) Susah bagi saya menerangkan segalanya kerana saya perempuan. Biarlah apa orang nak kata. Saya dah malas nak komen. Terlalu banyak spekulasi sekarang...... Ramai yang tahu saya pernah ada teman lelaki selama 8 tahun tapi putus di tengah jalan. Saya pernah buat persiapan untuk berkahwin tapi tak jadi. Saya terima kerana itu ketentuan-Nya. I gave everything....Saya beri sepenuh hati tapi tak ke mana. I don't want to start all over again and get hurt."
Bagi Zizie Ezette, cukuplah pengalaman bercinta dengan lelaki berstatus solo yang tidak memberi sinar harapan pada hidupnya. "Saya macam malas nak bercinta lagi....I feel numb. Saya tidak mahu bercakap pasal perkahwinan kerana saya tak mahu ada lagi spekulasi. Cukuplah...."
Ditanya tentang status Bung Mokhtar, Zizie berkata, "Setahu saya, he only has one wife."
"Saya harap semua orang faham dan bagi ruang untuk saya kerana saya tidak layak untuk menceritakan keadaan sebenarnya. I'm not feeling down....but I'm just so tired. Saya penat menjawab pertanyaan dari pihak media. Let him (Bung Mokhtar) handle it. Lagi pun perkara ini bukan datang dari mulut saya. Saya akan beritahu juga apabila semuanya sudah selesai. Time will tell. Doakan yang terbaik untuk saya."

Cinta ketiga Zizie dengan orang tua
Masa remaja dulu, pelakon 'putih melepak' Zizie Ezette, pernah bercinta dengan penyanyi 'Seribu Impian' dan 'Jangan Ada Benci', Casey.
Lepas tu Zizie Ezette bercinta pula dengan seorang ahli perniagaan yang pernah 'menggegarkan' industri perbankan negara belasan tahun lalu.
Namun selepas 7 tahun bercinta, kandas pula akhirnya.
Kini untuk kali ketiga hati Zizie Ezette dicuri lagi. Bukan oleh jejaka tetapi seorang pakcik yang sudah ada isteri.
Menurut Zizie, dia beberapa kali sedaya mungkin berusaha menolak cinta lelaki yang sudah beristeri, tetapi kalam tuhan tetap membuahkan 'rasa itu' kepada golongan berkenaan, yang kemudian menghantar lamaran memperisterikannya.
"Apa yang kita elak, kita tak mahu, kita benci, akhirnya itulah yang Allah datangkan kepada kita. Sebagai hamba Allah, apa lagi yang saya boleh katakan kalau memang sudah ditetapkan jodoh kita dengan lelaki yang sudah beristeri?"
Pakcik berkenaan ialah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar. Zizie Ezette berumur 31 tahun sekarang.
Berikut ialah temubual wartawan akhbar KOSMO! dengan Zizie Ezette.
Benarkah Zizie dan si dia sudah berkahwin?
Kahwin? Aduhai! Belum kahwin lagi. Tetapi saya tidak nafikan sedang mengenali hati budi seorang lelaki, cuma belum sampai ke tahap sudah berkahwin. Saya pun masih dalam pertimbangan untuk menerima atau tidak lamaran itu.
Jadi sekarang ini Zizie mengakulah sedang bercinta dengan Ahli Parlimen berkenaan?
Zizie tahu siapa orang yang anda maksudkan. Beginilah, apa yang boleh saya katakan, segalanya masih dalam pertimbangan lagi. Setakat hari ini saya masih solo, dan saya perlu membuat banyak pertimbangan sama ada menerima atau tidak lamaran itu. Banyak hal kena fikir sebab saya tak boleh lihat dalam diri saya semata-mata, sebaliknya dalam keadaan sekarang banyak hati lain kena dijaga.
Siapakah lelaki bertuah yang melamar itu?
Sila siasat sendiri, saya tak boleh beritahu. (Ketawa).
Apakah benar lelaki yang melamar itu ialah Datuk Bung Moktar?
Maaflah, saya tak mahu sebut nama sesiapa di sini. Tak elok sebab banyak hati yang kita kena jaga tambahan pula ini membabitkan lelaki yang sudah punya keluarga. Sebagai wanita, saya pun kena fikir hati dan perasaan orang lain kalau bercakap. Lagi pun Zizie orang perempuan, tak sesuai cakap hal-hal macam ini.
Kenapa Zizie tidak saja menafikan, Bung Moktar adalah lelaki berkenaan?
Macam yang saya kata, saya tak mahu babitkan nama sesiapa. Mana yang tahu, tahulah siapakah dia. Saya minta maaf, tetapi bukan niat saya hendak sembunyi apa-apa. Saya harap semua pihak faham bahawa menerima lamaran daripada suami orang bukan satu perkara yang wajar dibangga-banggakan. Kalau lamaran itu datang daripada lelaki bujang, mungkin saya akan gembira dilamar, tetapi dia lelaki yang sudah ada keluarga, jadi saya kena jaga banyak benda. Hendak bercakap pun kena tapis juga sebab banyak hati kita kena jaga sekarang ini.
Kononnya Zizie dan pasangan akan bernikah dalam waktu terdekat, maksud saya musim cuti sekolah ini, benarkah?
Orang lain boleh cakap apa saja, dan apa yang saya boleh cakap ialah saya masih mempertimbangkan lamaran itu. Saya tak mahu apa yang keluar daripada mulut saya akan mencetuskan spekulasi lagi. Harap sangat orang akan faham. Kita kena faham perasaan seorang isteri, kalau cerita tentang suami mereka mahu kahwin lain ditulis di akhbar, tentu tak sesuaikan? Apatah lagi kalau lelaki yang dimaksudkan itu orang yang dikenali dalam masyarakat, banyak kesan negatif di kemudian hari.
Apakah Zizie mencintai 'lelaki' itu?
Jujur juga saya katakan. I don't believed in love anymore. Setelah beberapa kali putus cinta, saya sudah serik untuk berhadapan dengan cinta yang baru. Tetapi kehidupan perlu diteruskan dan akhirnya saya membuka hati untuk lelaki baru tanpa memandang harta dan kedudukan. Tetapi urusan jodoh semuanya terletak pada Allah, saya tak boleh cakap kerana Dia yang menentukan. Lagipun saya artis, macam-macam orang akan cakap kalau terjebak dengan suami orang. Lebih banyak yang melihat artis daripada sudut negatif.

Zizie yang gebu dan putih melepak.
Sejujurnya, Zizie sedia bermadu?
Tolong bagi tahu saya, siapa yang hendak berkahwin dengan suami orang? Sepanjang hidup, sudah banyak kali saya mengelak bercinta dengan suami orang sebab tak mahu melukakan hati wanita lain. Tetapi kalau itu jodoh yang tuhan berikan kepada saya, apa yang saya boleh buat lagi? Saya pernah bercinta dengan lelaki bujang, tetapi kami tidak berjodohan, jadi sekarang saya serahkan segalanya kepada takdir sajalah.
Dalam pencarian bergelar isteri, lelaki bagaimana yang Zizie cari?
Saya mencari lelaki yang boleh mendidik, membimbing saya. Ikhlas mencintai saya dan boleh memimpin dengan baik supaya kita hidup sebagai manusia yang lebih baik di masa depan. Apa yang penting, niat kita ikhlas dan lain-lain hal saya hanya berserah kepada Allah.

Dulu Zizie pernah keluarkan statement ni dalam akhbar.
Lelaki kaya pernah ajak Zizie tidur
"Terus-terang, ramai yang hendak mendekati saya sebelum ini, sebaliknya saya memang tidak berminat mengejar lelaki kaya semata-mata mahu hidup mewah. Saya pernah menerima panggilan daripada seseorang yang kaya sambil bertanya terus tentang harga untuk bermalam dengan saya. Dua atau tiga kali jugalah dia menanyakan soalan yang sama dalam menggunakan perkataan yang tidak saya fahami.
"Pada mulanya saya memang kurang jelas dengan ayat yang dimaksudkan oleh lelaki ini, namun akhirnya saya mula sedar bahawa ia merujuk mahu meniduri saya. Memang saya agak terkejut, malah terdiam seketika apabila dihubungi lelaki ini. Saya terus meminta maaf kepadanya sambil memberitahu bahawa saya bukanlah jenis wanita macam itu yang kemaruk dengan duit.
"Bukannya saya hendak cakap Zizie Ezette ini seorang wanita yang baik sangat. Ya, saya juga bersosial bersama teman lain serta mempunyai kehidupan tersendiri. Paling penting, saya masih tahu membezakan batasan-batasan tertentu dan sedar dengan perkara baik dan buruk. Saya tidak mahu jadi hipokrit, tetapi apabila tiba perihal macam ini dan berkaitan skandal dengan golongan korporat, memanglah bukan diri sebenar saya."
Meskipun secara dasarnya Zizie berpakaian seksi dan sering memegang watak wanita yang kurang 'elok' dalam mana-mana drama yang dibintanginya, namun jangan cepat membuat andaian melulu tanpa usul periksa.
"Jangan cepat salah sangka tentang diri saya. Peminat harus mengenali saya terlebih dahulu sebelum bercakap itu dan ini. Saya bukannya manusia yang mengejar wang dan saya juga bukan jenis wanita yang menelefon lelaki untuk meminta duit bagi menampung seluruh kehidupan saya. Biarlah saya tidak memiliki apa-apa dan hanya ada sumber pendapatan menerusi bidang lakonan, tetapi saya tidak meminta-minta duit daripada orang lain.
"Semua benda yang saya miliki, kereta atau apa sahaja yang saya pakai, semua menggunakan duit hasil titik peluh saya. Alhamdulillah, saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan yang ada sekarang."
Ingin bawa watak baik
Zizie Ezette sering menerima 'hukuman' apabila dia asyik diberikan watak wanita gedik, jahat dan bermacam-macam lagi hingga menimbulkan wajah meluat serta benci daripada penonton.
"Barangkali ada pengarah yang tidak menyedari bahawa saya juga boleh membawakan watak baik dengan jayanya. Bukan hendak kata saya merupakan seorang pelakon yang hebat, namun saya sering tertanya-tanya kenapa pengarah jarang memberikan watak wanita baik kepada saya selepas menjadi anak seni. Sedangkan saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menzahirkan watak ini. Saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon yang boleh membawakan watak sedih atau dianiaya. Bosan jugalah asyik memegang watak sama. Balik-balik saya dapat watak wanita yang kurang baik."
Kekecewaan Zizie bagaimanapun sedikit terubat apabila dia bakal melibatkan diri dengan sebuah drama bersiri berjudul Dua Marhalah yang bakal ditayangkan di saluran Atsro Oasis.
"Saya gembira apabila diberikan kepercayaan untuk membawakan watak sebagai seorang wanita yang dianiaya oleh pengarah drama ini, Along Kamaruddin. Daripada seorang wanita yang baik, saya dipaksa melacur serta menyukai kerja yang dilakukannya hingga saya keluar daripada kancah pelacuran dan akhirnya bertaubat. Ia adalah watak yang saya idam-idamkan selama ini, malah saya juga dapat bermain dengan banyak emosi dalaman wanita. Terubat jugalah sedikit kekecewaan saya."
| Akhirnya mengaku juga.. Foto NST
NST, 20/12/09 'Yes we're married, now respect our privacy'
KUALA LUMPUR: The colourful and controversial Datuk Bung Mokhtar Radin has admitted to marrying starlet Zizie Ezette.
The 50-year-old Kinabatangan member of parliament now wants his privacy respected. Bung Mokhtar is currently abroad but denied he is on honeymoon with his new wife. "I am with my children," he said when contacted by the New Sunday Times yesterday.
The garrulous MP had just a few days ago denied marrying the 31-year-old actress when rumours spread within and outside Parliament of his nuptials.
Asked when the marriage took place and pressed for other details, he said: "Everybody knows. No need for details. The newspapers have been writing a lot about it this whole week. "It is best to just leave it alone. Pray for my happiness. No need for so many details." On why he had been so coy initially when the rumours were circulating, he said: "I am a married man. I have to protect my other wife." Will he hold a grand wedding reception for family and friends? "When it is the right time, I will hold a reception. "I will invite you. I will let you know."
The Sabah lawmaker, who has over the years earned a reputation for his outbursts at the Dewan Rakyat, sported a new look at the just-concluded 2010 Budget meeting. He had dyed his grizzled hair black and looked slimmer. He said he had worked off some of the excess pounds by exercising. "I just stopped dying my hair and it went back to my natural colour."
The actress' mother, Khathy Fauziah, had earlier said she had no problems accepting the 50-year-old married politician as her son-in-law.
Zizie, when contacted, said she "respected" Bung Mokhtar's confirmation of their marriage. She declined to comment further.
Efforts to contact Bung Mokhtar's first wife, Datin Nor Asidah Alimuddin, were futile, with one aide saying that she had changed her number and another claiming her phone had been switched off the past few days. |