Zizan Nin kahwin

Sudah sah suami isteri, boleh cium

Pengantin baru

Barisan keluarga kedua pihak
Setelah tiga bulan bertunang, pelakon Zizan Nin, 37, sah bergelar suami kepada pembaca berita ntv7, Fazilah Hani Harun, 30, tepat jam 9.40 malam hari Jumaat 19 Mac di Masjid Negara. Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan Datuk Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 651. Zizan Nin perlukan sekali lafaz sahaja untuk menyempurnakan akad nikah.
"Perasaan saya ketika ini macam tidak percaya sudah jadi suami orang. Perancangan selepas ini kami sekeluarga akan mengerjakan umrah pada 31 Mac selama 10 hari. Selepas itu saya akan balik menyambung tugas penggambaran drama di Korea selama dua minggu dan selepas itu baru kami pergi berbulan madu," kata Zizan Nin.
Si isteri pula, Fazilah Hani mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah yang baru berlangsung. Dia sangat gembira dan terharu dan menganggap sudah suratan dan jodohnya dengan pelakon itu.
"Bagi saya, Zizan seorang lelaki yang baik, kelakar dan dia seorang yang pandai masak. Saya senang bersama dengannya. Kami harap hubungan ini sampai ke akhir hayat," kata Fazilah.
Pada majlis itu, Fazilah Hani menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM20,000 dan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Antara barang hantaran yang diberi pihak Zizan kepada Hani terdiri dari Sirih junjung, kain telekung, beg tangan, Kasut, Mas kahwin bernilai RM 651, cek bernilai RM20,000, dan barangan mekap. Manakala Zizan pula menerima Al-Quran, manisan, tali pinggang, set penjagaan kulit, minyak wangi, kasut, kemeja, dan sirih junjung.
Zizan Nin nak kahwin

Zizan Nin
Zizan Nin telah mengumumkan yang dia bakal bernikah dengan gadis pilihan hatinya iaitu Fazilah Hani Harun pada 19 Mac 2010. Majlis pernikahan nanti akan diadakan di Masjid Negara. Fazilah Hani ialah gadis bertudung yang telah dikenali oleh Zizan Nin selama dua tahun.
Majlis resepsi persandingan di sebelah pihak perempuan telah dijadualkan pada 20 Mac 2010 di Dewan Perdana FELDA, di Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Majlis tersebut berkonsepkan dalam taman. Menurut Zizan Nin, majlis tersebut akan dijalankan secara sederhana dan tidak menerima sebarang penajaan dari mana-mana pihak.