Zarina Anak Pontianak ditahan

(Foto KOSMO!) Zarina Anjoulie kiri sekali.

(Foto Berita Harian) Zarina Anak Pontianak dan rakannya malu.

(Foto Harian Metro) Zarina tutup muka, tapi rakannya tak kisah.
Pelakon drama seram bersiri 'Anak Pontianak', Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 24, yang dulunya heboh kerana gambar-gambar lucahnya ditahan sebab enggan menjalani ujian saringan air kencing apabila diarah berbuat demikian selepas ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini malam tadi.
Dia ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 8 malam oleh sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.
Turut ditahan seorang lagi rakannya yang berusia 24 tahun. Penolong Pengarah ADDK Sepang, Nani Sikin berkata, ekoran keengganan itu, kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, sejurus kemudian Zarina mengaku secara lisan kepada anggota AADK bahawa dia mengambil ketamin, manakala rakannya mengambil syabu. Berikutan itu, AADK menahan mereka untuk dibawa ke pejabat agensi berkenaan di Sepang untuk ujian air kencing dan siasatan lanjut, termasuk dihantar menjalani ujian patologi mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Difahamkan pada masa kejadian, Zarina menaiki kereta yang dipandu rakannya itu. Menurut Zarina, mereka dalam perjalanan balik dari LCCT selepas menghantar barang ke pejabat pos di situ. Jika didapati positif dadah, mereka boleh diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) selama dua tahun. Lama tu.
Ops Perayaan malam tersebut disertai oleh 27 pegawai AADK dan 20 penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan untuk mengesan pemandu, terutamanya pemandu pengangkutan awam, yang mengambil dadah. Sebanyak 86 pemeriksaan air kencing dilakukan dalam operasi tersebut. Manurut Nani, Zarina Anak Pontianak adalah di antara tujuh orang yang ditahan pada malam itu. Selain dari Zarina, AADK pada malam itu turut memeriksa seorang artis Akademi Fantasia 7, Aril Pilus namun dia dilepaskan kerana ujian air kencingnya didapati negatif.
Jom komen sikit di Forum Artis yang best!
|