|  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Rumah tangga Zamarul-Diana bergolak, Fasha Sandha jadi punca?

Zamarul & Diana
Zamarul - Diana

Baru-baru ni tersebar kisah pergolakan rumah tangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Puncanya ialah apabila seorang artis, Fasha Sandha telah download gambar dia dengan Zamarul ke dalam telefon bimbitnya. Manurut Zamarul, dia telah memarahi Fasha kerana tindakan Fasha tersebut. Fasha dipercayai telah muat turun gambar mereka berdua semasa dalam penggambaran drama Atilia ke dalam telefon bimbitnya.

Zamarul Hisham, 39, ialah Aktor Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-18 (2005) melalui filem Di Ambang Misteri. Diana Rafar, 28, ialah adik Linda Rafar. Mereka berkahwin sepuluh bulan lalu.

Fasha Sandha nafi

Fasha Sandha
Fasha Sandha

Fasha Sandha pula dalam masa yang sama menafikan yang dia menjadi punca pergolakan rumah tangga Zamarul - Diana. Kata Fasha, dakwaan tersebut tidak berasas. "Saya menafikan dakwaan tersebut dan saya rasa orang mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku sekarang ini," kata Fasha.

Sebelum ini, Fasha dianggap menjadi punca perceraian pelakon Nora Danish dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli pada tahun 2008. Fasha juga didakwa menjadi punca perceraian seorang usahawan, Datuk Shafik Rizaal atau Datuk S pada tahun 2007.

www.artismelayu.net