|  www.artismelayu.net  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Anugerah untuk Zahida Rafik, Noryn

Zahida Rafik
Foto mStar.com
Aktres Zahida masih tertanya-tanya atas kriteria apa dia terpilih mendapat anugerah AMN.

Noryn
Foto mStar.com
Noryn menang tiga pingat emas pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa.

Laman lain:

Aktres Zahida Rafik dan penyanyi Noryn Aziz dianugerahkan pingat AMN oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Shah Alam 20 April 2009. Bersempena dengan penganugerahan tersebut, kedua-duanya bakal menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Sultan Selangor.

Zahida menunjukkan reaksi terkejut kerana sebolehnya dia mahu menyorok berita tersebut daripada pengetahuan umum. Setelah mengetahui berita tersebut, Zahida hanya memaklumkan kepada keluarga terdekat saya. Kalau boleh Zahida tidak mahu memberitahu kepada orang lain walaupun kawan-kawan dan wartawan.

Pada mulanya, Zahida diminta datang ke pejabat Kerajaan Negeri. Zahida terkejut apabila menerima surat daripada Kerajaan Negeri Selangor di rumahnya. Menurut Zahida, dia tidak mengetahui atas kriteria apa yang membuatkan dia terpilih untuk menerima anugerah tersebut.

Zahida berpendapat itu semua mungkin kerana tuahnya yang merupakan anak jati Selangor, berstatus seorang pelakon dan selalu membuat kerja kebajikan (kebajikan?).

Zahida masih lagi tertanya-tanya kenapa dan berasa terharu bercampur gembira dengan anugerah ini kerana bukan senang nak dapat. Menurut Zahida, ramai lagi pelakon lain yang bertungkus-lumus dalam bidang lakonan. "Kiranya, saya tak perlu tunggu untuk mendapat anugerah Pelakon Terbaik," ujarnya dalam nada ceria. Zahida berkata dia akan lebih menumpukan kepada kerja amal seperti kutipan derma untuk anak-anak yatim dan Palestin.

Noryn bangga

Penyanyi seksi Noryn Aziz yang dilahirkan di Shah Alam anggap apa yang dia lakukan selama ini mendapat perhatian daripada pihak tertentu.

"I am proud of it. Mungkin pencapaian sebelum ini dipandang sejak saya membuat ‘come back’ hampir dua tahun ini. Kita hanya berusaha tetapi tidak ‘expect’ untuk mendapat apa-apa anugerah. Alhamdulillah, apa yang saya lakukan dipandang baik oleh pihak tertentu ‘especially’ Sultan Selangor. Mungkin ia ‘valuable’ untuk Kerajaan Selangor."

Noryn Aziz banyak membuat persembahan korporat dan telah memasuki pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu. Noryn Aziz membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak menerusi kategori pop, R&B jazz, komposisi asli serta broadway, selain dinobatkan sebagai Penyanyi Pop Terbaik.

"Anugerah AMN ini ibarat satu suntikan semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras lagi dalam industri seni ini dan Kerajaan Selangor. Selepas ini, saya merancang untuk mengajar vokal dan muzik kepada mereka yang berminat. Saya rasa apa yang saya pelajari selama ini akan lebih bermanfaat."

www.artismelayu.net