Yasmin meninggal dunia..
KUALA LUMPUR, 25 Julai 2009: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara. Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik) turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Yasmin akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS16, Subang Jaya sebelum solat Zohor, Ahad 26 Julai, manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan. Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.
Yasmin dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958. Dia berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari University Newcastle, UK.
Filem pertama arahannya ialah Rabun (2003) disusuli dengan Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Telentime (2009). Filem Sepet memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005. Filem Sepet turut memenangi Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo (2005) dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil (2005).
Filem Gubra memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006. Filem Mukhsin memenangi anugerah Generasi kplus Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.
Filem Muallah memenangi Anugerah Filem Asia Sebutan Khas Juri di Pesta Filem Antarabanga Tokyo 2008. Filem-filemnya ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Canes.
Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber
ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga; Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58