www.artismelayu.net
Forum Artis
|
Blog Ustaz Asri Blog nasyid |
Al-Fatihah..BELASUNGKAWAUSTAZ ASRI RABBANI Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar. Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah. Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi. Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
RabbaniKumpulan Rabbani ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan". Rabbani dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan. Anggota Rabbani ialah Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Rabbani turut menampilkan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah. Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan menampilkan world muzik. Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta nama dalam bidang perniagaan. ALBUM RABBANI
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
ANUGERAH ERA
ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM
ANUGERAH NASYID MINGGU INI
RINTIHAN ZIKRULLAH Rintihan Zikrullah merupakan album munajat Ustaz Asri yang menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan. Kolaborasi antara IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan pengalaman hidupnya. Malah, Ustaz Asri menghasilkan Zikir Lailahailallah buat arwah ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007. "Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah. Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu. Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin. | |