www.artismelayu.net
Forum Artis
Back to InfoFoto
|
![]() |
|
Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin lahir pada 20 Ogos 1990 di Kuala Lumpur. Ummi Nazeera ialah anak bongsu dari dua beradik. Pendidikan tertinggi buat masa ini ialah SPM (calon persendirian). Ummi Nazeera berlakon dalam satu filem buat masa ini iaitu Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Antara drama yang dibintangi Ummi Nazeera ialah 'Pesona Bintang,' 'Takdir Yang Terindah,' 'Dinasti Bilut,' 'Ali Din,' 'Klon Teja,' 'Kejar', dan 'Nur Kasih'. Dalam drama yang diminati ramai 'Nur Kasih', Ummi Nazeera membawa watak Siti Sarah. Gosip terawal kini mengaitkan Ummi Nazeera dalam alam percintaan dengan Remi Ishak. 'Nur Kasih' ialah drama kedua mereka bersama selepas drama 'Awan Dania'. “Siti Sarah ini (dalam drama 'Nur Kasih') jahat dalam diam dan ia berbeza dengan karakter saya di dalam drama Awan Dania yakni sebagai Hana, gadis yang gedik. Sebagai pelakon saya tidak kisah diberikan watak apa saja, selagi mampu mempelbagaikan karakter supaya tidak terus klise atau stereotaip.” Dunia seni Ummi Nazeera bermula dengan drama 'Pesona Bintang' di bawah pengarah Erma Fatima. Selepas filem pertamanya Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Ummi Nazeera turut terlibat dalam filem epik arahan Yusry Abdul Halim berjudul Hikayat Merong Mahawangsa. Dalam filem terbitan KRU Studio itu, Ummi Nazeera membawa watak Embok iaitu isteri kepada Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hudges. Ummi Nazeera terlibat dalam 12 babak dalam filem ini.
Keluarga Ummi Nazeera mempunyai sebuah restoran di Danau Kota, Kuala Lumpur iaitu Restoran Sri Chiangrai. Makanan masakan Thai di sini, best. Hari lahir Ummi Nazeera adalah sama dengan hari lahir aktor dan pengarah Hans Isaac, cuma tahunnya saja berbeza. Tak mahu dibesarkan kisah dia dan RemyUmmi Nazeera tidak mahu kisah cinta dia dengan Remy diperbesarkan. “Saya tidak mahu khalayak kenal saya dengan gelaran ‘Ummi Remy’. Rasanya macam tidak enak sahaja. Saya memang berkawan dengan Remy tapi cukup sampai di situ sahaja. Saya kalau boleh mahu orang fokus pada lakonan dan bakat saya. Bukan hal-hal sebegini. Kerana ini kami berdua cuba mengelak jika ada fotografi bersama. Lainlah kalau ada hal kerja yang melibatkan komitmen kami berdua. Itu dikira profesional,” kata Ummi Nazeera. Upah orang belasah Remy?Bila Remy Ishak dibelasah oleh tujuh orang samseng, terdengar desas-desus dan khabar angin bahawa Ummi adalah dalang disebalik pembelasahan tersebut. Ini kerana sebelum itu terdapat dakwaan yang Remy Ishak memukul Ummi Nazeera. Ada pula teori lain yang mengatakan 'pihak ketiga' yang tidak tahan melihat kekasaran Remy Ishak ke atas Ummi Nazeera telah mengupah samseng untuk 'mengajar' Remy Ishak. Walau apapun, kita tidak tahu perkara yang sebenarnya hingga kini. Bosan jadi baikRaut wajah ayu sering sahaja membuatkan portfolio lakonannya diisi dengan watak baik-baik. Di layar perak mahupun kaca televisyen, Ummi Nazeera sering tampil sebagai pembawa peranan baik atau ‘putih’ sifatnya. Walaupun dia tidak mengeluh, namun sudah resam orang muda sepertinya untuk bereksperimentasi. Akhirnya semua itu terjawab apabila pengarah Kabir Bhatia berani memberikan satu watak yang berbeza untuk Ummi Nazeera, lantas membuka kepompong yang selama ini didiaminya. Melakonkan watak Siti Sara, adik kepada heroin dalam siri televisyen Nur Kasih, ia pembuka jalan untuk menguji kemampuan Ummi Nazeera. “Saya puas hati, akhirnya dapat watak antagonis. Watak ini nampak tenang di luar tetapi realitinya dia seorang anak yang mempunyai hati yang hitam dan penuh dengan hasad. Kuat memberontak,” ulasnya tentang siri televisyen baru yang turut dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zakya. Ujar Ummi lagi, Kabir telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang cukup banyak buat dirinya. Setelah bekerja dengan Kabir, dia kini mengerti bahawa sutradara itu mahukan sesuatu yang realistik, bersahaja dan tidak terlalu terbawa-bawa. Sebelum ini, bukan tidak pernah ditawarkan watak-watak hitam kepada dirinya. Ummi sekadar menganggap ‘jodohnya’ untuk bekerjasama dengan produksi terbabit belum sampai. Sering sahaja ada kendala yang menghalangnya untuk menjadi ‘jahat’ di depan kamera.
'Berkemban? Tak ada masalah..'Adegan berkemban dalam filem terbaru di bawah produksi KRU bukanlah halangan besar buatnya. Filem epik Hikayat Merong Mahawangsa, yang diarahkan oleh Yusry itu akan membawa Ummi ke satu tahap pengalaman berbeza. “Watak Embok masih seorang yang lemah lembut. Namun dia ada pengalaman pahit iaitu pernah dirogol sehingga dia bencikan lelaki. Sehinggalah dia berjumpa dengan Merong Mahawangsa, segalanya berubah,” terangnya dengan penuh antusias. Untuk sebuah filem epik dengan tenaga kerja dan produksi yang berskala besar, Ummi menetapkan sebuah persedian yang jitu. Malah, dia nekad mahu ke gimnasium untuk mencantikkan tubuh dan lengan agar elok ketika berkemban kelak. Dia sudah mula mengkaji siapa Embok, belajar tentang perjalanan wanita lama dan membuat ulang kaji perihal epik. Tambah Ummi, dia sudah mula menyimpan bulu keningnya agar terbentuk seperti wanita zaman silam. “Saya akan membuat interpretasi sendiri tentang Embok. Saya akan bentuk dia mengikut skrip dan imaginasi saya. Saya teruja dengan filem kedua saya ini sebenarnya. Bulan Julai ini saya akan mulakan penggambaran filem ini.” Filem yang menampilkan Stephen Hughes Rahman sebagai hero itu turut disertai Datuk Rahim Razali. Keterujaan bakal berlakon bersama malah menjadi anak kepada Rahim diluahkan sewaktu sesi temu ramah di studio abang Ummi tempoh hari. “Dugaan saya bergelar pelakon baru adalah apabila kita tidak tahu kesalahan yang dilakukan. Kalau berlakon dengan aktor senior, saya jadi ‘goyang’ sebab takut buat salah. Tapi, saya hilangkan perasaan itu dengan meminta pendapat dan buat ikut naluri saya,” katanya sambil berterima kasih kepada krew yang banyak memberikannya kritikan dan panduan. Bagi bekas penari yang bakal memantapkan ilmu dengan mengikuti kelas lakonan ini, impiannya adalah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Biar tidak dinyatakan secara khusus sasaran kejayaan yang dimaksudkan itu, Ummi buat masa ini mahu serius dalam fasa hidupnya yang menceburi bidang lakonan. PROFILE
Nama: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin |