ArtisMelayu.net  |  Home

Umie Aida bertunang

Umie Aida
Umie Aida bakal bertunang Umie Aida
Gumbiranya dia nak bertunang..

PROFILE

Real Name: Umi Kalsom Rahmad
Nick Name: Umie Aida
Birth Date: 18 January 1973
Birth Place: Kuala Lumpur, Malaysia
Sun Sign: Capricorn
Birth Number: 18
Ruling Planet: Saturn
Chinese Sign: Rat

Filem:
Pisau cukur (2009)
Kala malam bulan mengambang (2008)
Puaka tebing biru (2007)
Dukun (2007)
Buli balik (2006)
Qaisy & Laila (2005)
Gangster (2005)
Intan Mahsuri (2002)
Mr. Cinderella (2002)
Embun (2002)
Leftenan Adnan (2000)
Senario lagi (2000)
Jangan (1997)
Jimi Asmara (1995)

Umie Aida ialah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun.

Bercinta sudah, merisek pun sudah. Sekarang nak masuk fasa bertunang pulak. Mstar melaporkan yang aktres jelita Umi Khalsom Rahmad Ali, 36, yang lebih famous dengan nama komersil Umie Aida, adik Erma Fatima akan bertunang dengan kekasihnya, Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K. Mereka pilih tarikh 29 September untuk melangsungkan majlis pertunangan. Lokasi, I-Zen Mont Kiara 1. Waktu, 8 malam. Sebelum ini memang disebut-sebut yang Umie Aida akan bertunang lepas Hari Raya.

Difahamkan, Umie Aida juga bakal menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal, Bill Keith untuk persalinan pada majlisnya itu nanti.

Pada 17 Mei lalu, majlis merisik antara Umie Aida dan Datuk K telah diadakan dan dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Datuk K sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Dia berusia dalam pertengahan 40an, dan menurut Umie Aida, dia berkulit cerah dan berwajah Cina.

Pada Hari Raya kedua baru-baru ini Umie Aida bertandang ke rumah Datuk K di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Umie Aida turut membawa bersama dua anak angkatnya, iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, serta adiknya.

Kakak Umie Aida iaitu Erma Fatima mengakui yang pihak keluarganya tahu tentang perkembangan tersebut. Malah kata Erma Fatima dia dan suaminya Bade pernah berurusan bisnes dengan Datuk K. Cuma komen Erma Fatima, perkembangan yang berlaku tu 'agak cepat'. Tak apalah, biar cepat asal selamat. Walau apa-apa pun eloklah terus bertunang macam tu. Jangan jadi macam artis lain - bercinta bagai nak rak dan berpelukan sana-sini tapi akhirnya senyap begitu saja dan esok lusa terus bertukar pasangan.

 |  Home  |  Koleksi Gambar Artis  |  Pautan Artis  |  Forum Artis  |