Tom dibelasah

Tom
Foto Utusan

Bintang realiti, Tom (Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25) dibelasah oleh sekumpulan lelaki pada Ahad lepas (11 Julai). Terdapat banyak versi cerita tentang kejadian Tom dibelasah itu. Tom dikatakan dipukul sekumpulan lelaki yang merupakan saudara kepada seorang rakannya, Zaireen Sofyia Abu Bakar, 23, (Ayin) di Damansara. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 petang itu, wartawan akhbar Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azaham turut dicederakan. Tom cedera di muka, kaki, dan perut manakala wartawan itu pula cedera di badan dan kaki.

Apa puncanya? Kumpulan lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Tom yang menumpangkan saudara mereka dan suaminya, Mohd. Ferdzaus Mohd. Jamil, 25, (Angah) di rumah Tom di Pangsapuri Meranti, Sri Damansara.

Kata Tom, niatnya membantu disalaherti

Tom kesal dengan tindakan keluarga Ayin yang menolak perbincangan secara damai dan menghentikan segala fitnah terhadapnya. Sebaliknya menurut Tom, mereka memilih untuk bertindak ganas sehingga mencederakannya.

Kata Tom lagi, niatnya mahu membantu rakan lamanya, Angah dan isterinya Ayin itu disalaherti sehingga keluarga Ayin tergamak memfitnahnya dengan kejam. Tom menumpangkan Angah dan Ayin yang sedang sarat mengandung ketika itu di rumahnya atas permintaan mereka yang mempunyai masalah dengan keluarga ketika itu. Saat Ayin dan Angah berada di Kuala Lumpur, Tom menjaga kebajikan pasangan suami isteri itu memandangkan mereka berdua tiada kerja ketika itu dan Tom menganggap Ayin tidak ubah seperti adiknya.

Menurut Tom lagi, dia menjaga makan minum Angah dan Ayin, memberi tempat berteduh kepada mereka, membawa Ayin ke hospital, mengajar Ayin menjaga bayi, membeli keperluan bayi mereka, namun akhirnya jasanya itu dibalas dengan pelbagai fitnah malah turut dizalimi.

Kata Tom lagi bukan dia mahu mengungkit, tetapi semua orang perlu tahu apa yang benar. Maruahnya teruk dijatuhkan sedangkan dialah yang membantu ahli keluarga mereka sendiri.

SAYA dikatakan mencederakan Ayin sehingga menyebabkan air ketubannya pecah. Sila rujuk laporan hospital, saya yang pecahkan atau doktor yang melakukannya secara kelahiran normal.

Saya difitnah menzalimi Ayin dengan kejam seperti binatang. Ada pihak hospital melaporkan berlakunya penderaan pada Ayin ketika kami membawanya ke hospital sedangkan doktor sedia maklum apa-apa yang berlaku pada pesakitnya?

Ketika saya teruk ditendang oleh lelaki-lelaki yang tiada hati perut, Ayin yang sedang berpantang tidak sampai 20 hari sanggup memeluk saya dengan menghalang mereka terus mencederakan saya. Ayin sanggup mempertaruhkan nyawanya mempertahankan saya sehingga dia turut terkena tempias tendangan ketika mereka membelasah saya. Ramai saksi ketika itu.

Saya dituduh mengugut Ayin dan Angah untuk berbohong demi menyelamatkan saya. Sekarang Ayin berada di bawah jagaan keluarganya dan tidak perlu takut dengan ‘ugutan’ saya. Kenapa perlu sorok Ayin lagi sedangkan media semua mahu keterangannya. Alasannya Ayin tengah berpantang, tidak dibenarkan keluar. Habis masa mereka berkeras mahu jumpa Ayin di luar dan menyebabkan perbalahan yang teruk tidak pula mereka berfikir begitu? Kalau betul saya mencederakan Ayin, buat laporan polis. Buktikan saya bersalah.

Sumber berita dari Utusan, KOSMO! mstar.com.my

www.artismelayu.net