ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster

Tiara dapat hak mentadbir harta Hani Karmila Mohsin

Tiara Jacquelina
Tiara Jacquelina keluar dari mahkamah.

KUALA LUMPUR: Aktres Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Affendi telah diberikan hak mengurus dan mentadbir harta anak perempuannya (dengan Allahyarham Hani Mohsin), Hani Karmila Mohsin sehingga usianya mencapai 21 tahun. Tiara Jacquelina membuat permohonan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan harta Hani Karmila Mohsin hari ini. Hakim Syarie Mahkamah Tinggi, Mohd Shakir membuat keputusan ini di bawah Seksyen 90 Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan yang membenarkan ibu diberi hak mengurus harta anak mereka.

Tiara Jacquelina

Tiara Jacquelina bercakap dengan pemberita.

Ketika ditemui selepas keputusan dibuat, penerbit dan aktres terkenal itu berkata harta itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya yang sekarang berusia 12 tahun. Dalam perbicaraan itu, Hakim bertanya Tiara, adakah bekas suaminya, Allahyarham Hani Mohsin ada meninggalkan wasiat, beliau menjawab tiada. Hakim kemudian bertanya adakah anaknya itu mempunyai ayah saudara atau penjaga lain, Tiara menyatakan sepanjang pengetahuannya, "tiada". Tiara juga memberitahu yang Allahyarham Hani Mohsin merupakan anak tunggal dan kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster