|
JAKARTA: Indonesia is in the grips of a sex video scandal involving some of the country's top celebrities. The clips allegedly involve Ariel - the vocalist from popular band Peterpan - and Luna Maya - a top actress and presenter. The two videos - which are about eight minutes long - were posted online on Facebook. Another clip allegedly features Ariel and another television presenter Cut Tari. All the videos have been removed from the social networking website but not before they were downloaded and spread through the Internet.
All three celebrities deny the videos are of them. But several media experts say the people in the clips do resemble the celebrities. Unilever Indonesia has stopped airing a television soap commercial featuring Ariel and Luna Maya. Indonesian police are investigating. This is not the first time sex videos of prominent Indonesian personalities have been posted on the Internet. But so far no arrests have been made.
32 artis terlibat?
Dari Jakarta: Kes vokalis kumpulan Peterpan, Ariel bersama aktres Luna Maya dan Cut Tari bertambah mengejutkan dengan pendedahan sekurang-kurangnya 32 lagi artis yang didakwa terbabit sama dalam klip porno bersama Ariel.
Manakala polis Jakarta telah mengesahkan Ariel dan dua aktres berkenaan, Luna Maya dan Cut Tari, adalah pelaku seks membabitkan klip video lucah yang tersebar luas di Indonesia (dan juga mungkin Malaysia). Ah, gawat bangat ini.
Ariel kini berhadapan dengan tuduhan merakamkan perbuatan seks bersama dua aktres berkenaan. Sebahagian besar wanita yang ditiduri Ariel itu adalah artis dan selebriti Indonesia. Berita tersebut terdapat dalam laman web inilah.com yang memetik sumber yang tidak dikenalpasti.
Menurut laman web tersebut, “Ada 32 wanita terbabit merakamkan hubungan mereka dengan Ariel dan mirip selebriti terkenal termasuk Ratu Felisha, Aura Kasih, Andhara Early dan vokalis band SHE, Melly Herlina."
Maklumat kebanyakan media Indonesia juga menyebut, sebanyak 32 fail membabitkan 23 rakaman video lucah dan sembilan gambar foto Ariel didapati bersama dengan sekumpulan wanita. Daripada 32 rakaman video terbabit serta lima gambar foto menunjukkan gambar Ariel bersama pasangan yang belum diketahui identiti mereka dan selebihnya adalah adegan Ariel dengan beberapa wanita mirip artis Indonesia dengan pangkal nama bermula dengan huruf RF, AK, AE, MH, KD dan BC.
Makin keliru
Pihak polis ketika diminta mengesahkan sama ada sedang menyiasat perkara itu berkata: “Kata siapa? Kami masih menyelidik yang sedang beredar sekarang. Dari situ kita akan selidik dulu,” kata Pengarah Mabes Polri di Jakarta, Brigadier Jeneral Saud Usman Nasution.
Katanya, polis masih meneliti kes terbabit. Hingga kini polis sedang cuba mencari bukti. “Siapa yang menyebarkan itu perkara pertama yang akan kita bertindak terlebih dulu,” katanya. Polis meminta mereka yang memiliki video atau gambar porno segera menyerahkan kepada pihak berkuasa.
Ariel memang Peterporn?
Khabar angin tersebar di internet mengatakan yang Ariel suka mengabadikan adegan seksnya dan menyimpan dalam komputernya. Malang sekali komputer terbabit hilang dan disebarkan mereka tidak bertanggungjawab. Malah khabar angin turut tersebar kononnya ada 23 rakaman video seks Ariel bersama beberapa selebriti wanita Indonesia akan disebarkan satu persatu.
Mengulas pengesahan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari dalam klip video diedarkan, Ketua Cawangan Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia, Jeneral Edward Aritonang berkata, polis membuat kesimpulan selepas selesai menyiasat ke atas ketiga-tiganya.
Bintang porno minat Ariel Peterporn
JAKARTA: Sumber berita antarabangsa Agensi melaporkan yang kemunculan video lucah yang didakwa membabitkan selebriti Indonesia iaitu penyanyi utama Peterpan, Nazriel 'Ariel' Ilham dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari dilaporkan mengundang perhatian bukan saja penonton tempatan malah masyarakat antarabangsa terutama di kalangan pelakon filem porno. Antaranya termasuk bintang filem lucah terkenal Amerika Syarikat, Vicky Vette yang didakwa ingin lebih mengetahui mengenai ‘Peterporn’, gelaran baru yang diberikan kepada Ariel. Aktres kelahiran Norway itu dikatakan ingin bercakap mengenai isu yang kini menjadi perhatian utama melalui halaman Twitter selama dua hari sejak minggu lalu.
 Pornstar Vicky Vette
Selain keinginan beliau untuk menonton video yang didakwa memaparkan Ariel itu, Vicky juga meminta pengikut Twitter beliau menghantarkan rakaman terbabit dan tidak lama selepas itu beliau dikatakan menerimanya daripada pengguna halaman rangkaian sosial itu dari Indonesia. Adegan panas dalam rakaman video itu dikatakan menarik perhatiannya sehingga mahukan Vivid Interactive, syarikat yang mengendalikan filem dewasa di Amerika membantu mengedarkan rakaman yang mengejutkan Indonesia itu. Malah, pelakon lucah terbabit menyatakan keinginannya untuk ke Indonesia untuk bertemu Ariel.
“Jika saya ke Indonesia, saya mahukan ‘Ariel Peterporn’ membawa saya berjalan-jalan. Tetapi, saya rasa kerajaan Indonesia tidak akan memberi visa untuk saya memasuki negara itu,” kata Vicky. Beliau juga menyatakan minat untuk mengajak Ariel berlakon dalam sebuah filem lucah. “Saya hanya mahu mengatakan bahawa saya mahu terbabit dalam filem seterusnya dengan Ariel.”
 Japanese pornstar Maria Ozawa (Miyabi)
Bintang lain dari Jepun, Maria Ozawa atau Miyabi juga memberikan perhatian khas kepada filem lucah terbabit. Melalui Twitter, Miyabi memberikan komen mengenai video bertajuk ‘Peterporn’. Berdasarkan kiriman Miyabi dalam akaun beliau Sabtu lalu, Miyabi mendedahkan beliau akhirnya mendapat rakaman terbabit selepas dua hari mencarinya. “Hari ini saya mendapat video sebenar Peterporn. Terima kasih banyak kepada pengikut saya di Indonesia yang memberikan pautan,” komen Miyabi.
|