ArtisMelayu.net  |  Home  |  Forum Artis  | 

Trauma untuk kawen lagi

Siti NUrdiana

Siti Nurdiana kata (dalam Utusan Malaysia, 14 Sept 2009) sejak awal perkahwinan lagi dia dan bekas suami dia tu selalu berselisih pendapat. Siti Nurdiana nekad tak mahu bersama Faizal Yusop lagi. Siti Nurdiana berumur 25 tahun, muda lagi. Mohd Faizal Yusop, 31 tahun.

Siti Nurdiana kata apa yang telah berlaku (perceraian) membuatkan dia dah trauma untuk berkahwin lagi. Janganlah begitu Siti, bukan semua lelaki macam tu, tau.

Kata Siti Nurdiana lagi, Faizal telah melafazkan talak (cerai) ke atasnya sebanyak dua kali pada bulan Ogos lalu.

Siti Nurdiana menolak dakwaan yang 'orang ketiga' menjadi punca perceraian mereka. Tiada 'orang ketiga', kata Siti Nurdiana. Sebaliknya mereka memang sudah lama tidak berpendapat lagi. Malah mereka sudah tinggal berasingan sejak sebulan dulu. Siti Nurdiana sudah merujuk kepada Jabatan Agama Islam tentang lafaz cerai Faizal. Kini mereka sedang menunggu proses undang-undang di Mahkamah Syariah.

Ibu bapa kedua belah pihak cuba menyelamatkan perkahwinan mereka namun gagal. Perkahwinan mereka bukan satu kesilapan, kata Siti Nurdiana. Cuma mereka memang tidak boleh hidup bersama lagi. Itu sahaja. "Saya tidak pernah menyesal terhadap apa yang berlaku. Faizal masih kawan saya," kata Siti Nurdiana.

Dicerai melalui telefon..

AMPANG, September 2009 - Setelah lebih seminggu berdiam diri, penyanyi popular, Siti Nordiana Alias, 25, yang dikenali dengan nama Nana akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suaminya yang juga pelakon, Faizal Yusof pada 26 Ogos lalu dengan talak dua melalui telefon. Faizal yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Nordiana pada 29 April 2006 sebelum ini pernah melafazkan talak satu ke atas bekas isterinya itu awal Ogos lalu juga menerusi telefon. Menurut Siti Nordiana, penceraian yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang diuar-uarkan masyarakat sebelum ini.

"Kami berpisah kerana masing-masing tidak ada persefahaman dan sering berbeza pendapat sejak awal perkahwinan lagi," kata Nana.

Macam tu lah. Bila dah habis manis, semua kelihatan tidak indah lagi.

  PROFILE..
Siti Nurdiana Siti Nurdiana

Siti Nurdiana or Nana married to actor Faizal Yusup in April 2006 when she was only 22 years old. However before the marriage, she was hotly gossiped to another singer, Achik Spin. Another female singer Syura is her good friend. They cut a duet album together. Siti Nurdiana and Syura were previously thought to be a new challenger to Siti Nurhaniza. She opened her own food outlet, the 'Diana's Restaurant' in Senawang. Siti Nurdiana is an Education Counselor at Unity International College, Petaling Jaya.

Siti Nurdiana dan keluarga
Siti Nurdiana, Faizal dan anak mereka,
Muhammad Rayyan Nakhaie, di saat bahagia.

Siti Nurdiana kahwen
Hanya dalam lipatan kenangan.
Nana dan bekas suami, Faizal Yusop.

Siti Nurdiana dan baby
Bersama anakanda kesayangan,
Mohd Rayyan.

 |  Home  |