Shidee

Shidee foto tahun 2008
Shidee ialah penyanyi pop era 80an. Nama asal Shidee ialah Abdul Rashid Wahab. Berasal dari Kampung Sungai Lancang, Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak. Shidee adalah artis pop. Namun syarikat rakaman mendesak Shidee untuk menyanyikan lagu-lagu dangdut dalam albumnya kerana ingin memenuhi citarasa pasaran. Akibatnya, jualan album Shidee merudum dan Shidee sendiri semakin dilupakan.
Album keenam tersebut berjudul 'Redha'. Selepas itu Shidee secara terbuka melahirkan rasa kecewanya terhadap album tersebut.
Selepas pengalaman pahit itu, pada tahun 2008 Shidee menubuhkan syarikat rakaman sendiri dan dia sendiri bertindak sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit. Album tersebut berjudul Shidee - Jamilah dan dikeluarkan selepas 15 tahun Shidee menyepi diri. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah 'Kehilangan', 'Jamilah', 'Beban Cinta', 'Joget Seni Budaya', 'Ucapan Buat Kekasih', 'Senyum', 'Ibu' dan 'Terima Kasih'. Kos pembikinan album tersebut adalah RM100,000 termasuk kos edaran dan promosi.
Sebelum menerbitkan album yang 100% hasil tangannya sendiri itu, Shidee memang pernah mencipta lagu. Antaranya ialah lagu 'Amy', 'Nadia', 'Camar Putih', dan 'Di Antara Kita'.
Menurut Shidee, nama 'Jamilah' yang dipilih itu "..tiada kena mengena dengan nama teman wanita yang pernah bertakhta di hati saya, sebaliknya ia dipilih kerana saya merasakan Jamilah melambangkan simbolik nama gadis Melayu." Menurut Shidee, sebelum buat lagu, dia nyanyikan di depan kawan-kawan dia terlebih dahulu. Ramai yang kata lagu Jamilah ada kelainan dan bagus. Oleh sebab itu, Shidee pun memutuskan untuk mengambil tajuk lagu Jamilah sebagai judul album itu.
|