|  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Sofea suka anjing

Sharifah Sofea dan anjing
Sharifah Sofea suka main anjing

Sharifah Sofea dan anjing
Bukan Sofea punya, kawan punya anjing ni.

Sharifah Sofea dan anjing
Ops.. kene geget pulak.

Artis suka anjing bukanlah benda baru dalam dunia artis Melayu. Baru-baru ini gambar-gambar Sharifah Sofea bergembira dengan dua ekor anjing dipaparkan di blog miliknya. Apa lagi, gambar-gambar tersebut mulalah disebarkan ke serata laman-laman forum dan blog lain, termasuklah laman artismelayu.net ni. Sharifah Sofea Syed Huseein ialah isteri Syed Ismail Syed Al-Ali. Mereka berkahwin pada bulan Oktober tahun lepas.

Dalam akhbar tempatan baru-baru ini Sharifah Sofea mengaku yang itu memang gambar dia (KOSMO! 19 Mac 2010). Tapi kata Sofea, apa pulak nak disensasikan benda tu.

Menurut Sofea, gambar-gambar tu memang dia upload ke laman blog dia, sejak dia belum kahwin lagi, di sekitar bulan Mei tahun 2009. Kata Sofea itu bukan anjing dia. Sofea tak bela anjing-anjing tu. Itu ialah anjing peliharaan kawan dia.

Kata Sofea, bukan berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Tapi kata Sofea dia tak adalah sampai beri anjing tu menjilat muka dia. Dia pun tak pernah mandikan anjing. Masa Sofea bela anjing dulu pun dia kata diaq hantar ke kedai untuk memandikannya. Kata Sofea lagi dia memang pencinta binatang. Sofea mengaku dulu memang dia pernah membela anjing di rumahnya. Tapi saudara-mara dia tidak boleh terima lalu dia beri anjing tu kepada orang lain. Sharifah Sofea kata dia tidak kisah bila gambar-gambar tu disebarkan.

Baca lagi:

Fauziah Latiff bela anjing

Manohara pun suka anjing

www.artismelayu.net