| ArtisMelayu.net | Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |
Shamsul Yusof Haslam bercakaran dengan aweknya Diana
Gambar di atas ialah semasa mereka masih bahagia sebagai pasangan kekasih. Shamsul Yusof Haslam, 24 ialah anak pengarah terkenal Yusof Haslam. Diana Danielle Beeson, 17 ialah bintang baru meningkat naik. Sudah tiga tahun mereka jadi pasangan kekasih. Namun pada 26 November 2008, berlaku pertengkaran antara mereka. Khabarnya 'pergaduhan besar' antara mereka di kediaman Diana di Ampang adalah akibat 'pihak ketiga'. Shamsul dikatakan melakukan kekasaran ke atas Diana di hadapan beberapa anggota keluarga Diana sendiri. Selepas kejadian tersebut, Diana menuju ke Jakarta untuk menenangkan fikirannya dengan ditemani ibunya, Norsiah Ramli, 45. Diana dah 3 tahun bercinta dengan Shamsul. Maknanya, Diana sudah mula main cinta dengan lelaki semasa berumur 14 tahun. Tingkatan dua tu. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, ketika dihubungi pemberita Berita Harian telah mengesahkan laporan itu dibuat sendiri oleh Diana Danielle di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 28 November lalu, kira-kira dua hari selepas kejadian. Selepas membuat laporan polis, Diana dibawa ke Hospital Ampang untuk menjalani pemeriksaan. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai 'cuba mendatangkan kecederaan' dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kata Shamsul "Saya akui memang kami berselisih faham dan bertengkar. Dua-dua pun tengah naik angin sehingga pada satu tahap saya agak berkasar dengannya. Selepas dua hari kejadian itu berlaku, Diana beritahu keluarga dia membuat laporan polis. Saya tak sangka sampai jadi macam ini memandangkan selepas insiden itu saya sudah meminta maaf kepada Diana dan ibunya sendiri." Shamsul ialah pengarah filem 'Evolusi KL Drift'.
| |
| ArtisMelayu.net | Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |