www.artismelayu.net
Forum Artis

Salina Saibi

Salina Saibi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Salina Saibi ialah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (2009) menerusi filem 'Bohsia'. Salina ialah seorang pelakon, pengacara dan model. Filem 'Bohsia' ialah filem pertama Salina. Setelah lapan tahun bergelumang dalam dunia lakonan dan telah berlakon ratusan drama, ini kali pertama Salina berlakon filem, kali pertama tercalon dan kali pertama menang anugerah.

Salina memegang watak Amy, remaja yang menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia yang berhati binatang. Tanpa pendidikan dan bimbingan keluarga yang sempurna, Amy dan rakannya Tasya (Nabila Huda) terjebak dalam dunia Mat Rempit dan pengaruh lelaki.

Salina Saibi bohsia

Baru dapat baby baru pada Mac 2009. Tahniah. Salina berumur 27 tahun dan suaminya, Azmir Osman, 46 tahun. Baby girl mereka bernama Farah Syakira.


www.artismelayu.net 2009 artismelayu@yahoo.com