ArtisMelayu.net  |  Home  |  Forum Artis  | 

Rosyam Nor patah bahu

Rosyam Nor

Pelakon Terbaik Rosyam Nor patah bahu dua bulan lepas gara-gara terjatuh di lokasi penggambaran filem Libas Julai lalu. Mawi pun jatuh jugak masa penggambaran filem Jin Notty tapi tak ler kena bedah. Mawi muda lagi. Rosyam Nor dah 42 tahun dan dah ada lima orang anak. Pembedahan dibuat untuk memasukkan besi ke dalam bahunya. Lepas pembedahan, berat badan Rosyam Nor menurun secara mendadak sebanyak 6 kg. Dia juga selalu pitam dan masih menanggung sakit. Takper lah Rosyam Nor. Semoga cepat sembuh. Awak kan Hero Malaysia.

Rosyam Nor ialah pemilik syarikat produksi Suhan Movies. Pilih Kasih ialah program realiti pertama terbitan Rosyam Nor. Program tv tersebut dah selesai di mana Iqbal Mazlan muncul sebagai juara. Program tersebut adalah antara program yang berjaya mendapat jumlah tontonan yang tinggi iaitu 500,000 penonton pada slot akhir. Pada slot finale pulak, seramai 2 juta penonton menonton siri tersebut.

Iqbal Mazlan dan Rosyam Nor
Juara 'Pilih Kasih', Iqbal Mazlan dan Rosyam Nor

Kini Rosyam sibuk di lokasi drama bersiri 25 episod berjudul Nigina. Selepas itu Rosyam Nor akan membintangi drama Emelda dalam slot Samarinda untuk TV3.

Kata Rosyam Nor, ini ialah tahun kedua dia beraya tanpa ayah, tahun ketiga tanpa abang manakala adiknya meninggal dunia pada tahun 1993. "Mungkin ini juga raya terakhir buat saya, siapa tahu," kata Rosyam Nor. Rosyam Nor beraya bersama keluarganya di rumah baru mereka di Kota Damansara.

Iqbal Mazlan dan Rosyam Nor
Rosyam Nor dan isteri.

 |  Home  |