|  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Rockers pecah rumah jiran

Damansara, 14 Mac: Seorang pemain gitar kumpulan rock terkenal tanah air yang juga ‘kaki lalok’ ditahan polis selepas dikesan cuba memecah masuk rumah jirannya untuk menyaamun di Flora Damansara, tengah malam semalam. Jiran yang menjadi mangsanya itu melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum suspek dikepung dan ditahan. Selepas menahan suspek, pihak kawalan keselamatan pangsapuri itu segera menghubungi polis sebelum dia diserahkan untuk tindakan lanjut. Ketika ditahan, polis menemui peralatan tiub menghisap dadah di dalam beg pinggang miliknya. Suspek yang berambut panjang dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan penangkapan berkenaan dan mengesahkan suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing. Menurutnya lagi, suspek adalah abang kepada seorang lagi pemain gitar kumpulan rock sama terkenal awal 1990-an yang turut diburu polis selepas dikaitkan dengan kes mencuri di pangsapuri sama pada 27 Julai lalu.

Adik pun mencuri

Adik suspek dikehendaki polis selepas dikaitkan dengan tindakan melarikan barang berharga, termasuk sebuah kereta bernilai hampir RM25,000 milik seorang penghuni yang menyewakan rumah kepadanya. Tuan rumah, Jukhairul Azar Hamzah, 27, yang menyewakan satu bilik kepada pemuzik terbabit terkejut apabila mendapati Perodua Kancilnya dilarikan ketika dia tidur bersama isteri. Gitar elektrik kesayangan mangsa dan dua komputer riba di ruang tamu turut dilarikan. Mangsa adalah peminat tegar gitaris berkenaan dan poster mereka masih terlekat di rumahnya.

Rockers mana agaknya ni?

Jom masuk sini untuk bersembang.

www.artismelayu.net