Muka Depan
Forum Artis
Koleksi Foto
Webmaster

Radhi OAG bergaduh dengan isteri di luar mahkamah

Radhi OAG bertengkar dengan isterinya, Shazlin di perkarangan Mahkamah Syariah Petaling Jaya selepas mahkamah mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri yang sah. Dalam mahkamah, Radhi menafikan dia melafazkan talak ke atas Shazlin. Perang mulut tercetus luar pekarangan mahkamah apabila Radhi menyerbu ke arah Shazlin sambil menyindir isterinya itu sebagai 'pelakon wanita terbaik'. Radhi menuduh Shazlin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebagai alasan untuk bercerai dan meminta Shazlin membuat pengakuan di hadapan wartawan serta menyuruhnya menelefon lelaki berkenaan yang juga bekas suami seorang pelakon. Shazlin yang pada mulanya tenang akhirnya hilang sabar dengan gelagat Radhi sehingga tercetus perang mulut sesama mereka. Dia juga beberapa kali mencabar Radhi supaya menceraikannya tetapi Radhi tidak pedulikannya. Mereka terus bertengkar selama 15 minit. Selapas itu Shazlin masuk ke kereta Proton Wajanya dan terus beredar. Radhi tak pulak tahan dia. Dah penat kena marah agaknya.

Jom bagi komen di sini

Berita dulu-dulu.. Nasib malang Radhi

Shazlin dah nak balik, tapi Radhi OAG kejar sampai ke kereta.
"Wei, aku nak balik la! Nak makan roti canai."

Pergaduhan tanpa plot berterusan.

Radhi OAG suruh Shazlin panggil Izat sebab dia nak bersemuka.

Shazlin cuba hubungi Izat, tapi tak dapat.
"Ijat tak angkat," kata Shazlin.

Kata Shazlin, Izat memang kawan dia, tapi dia hanya menipu Radhi OAG
bila dia kata yang dia ada hubungan dengan Aizat.
Dia buat macam tu hanyalah supaya Radhi OAG 'melepaskannya'.

"Ceraikan saya!"

Shazlin dengan peguam dia.

Sudah 10 bulan Radhi OAG tidak jumpa Shazlin.

“Dia kata memang kenal lelaki tu (Izat) tapi tak pernah tidur (buat hubungan sulit)..dia kenal sahaja..lepas tu dia marah sebab saya kecoh dengan media.”

Kata Radhi OAG, dia hanya mahu Shazlin bersikap jujur dengannya demi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya itu.

“Dia tak patut memainkan nama ‘Allah’..sekiranya dia jujur, saya tak musykil dan ragu-ragu dengannya.”

Radhi OAG turut meminta isterinya membalas setiap Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab panggilannya. Shazlin akan memfailkan kes lafaz cerai kedua dan permohonan cerai pada minggu hadapan.

“Saya mohon kami menjadi kawan sahaja sebelum dan selepas (bercerai) tetapi dia kata nak berkawan lepas cerai..saya rasa masa itu (berkawan) saya boleh bercakap dengan dia. Saya bersedia tetapi saya nak sahkan dengan Izat terlebih dahulu tentang hal ini.