ArtisMelayu.net  |  Home

'Rockstar mesti datang lambat," kata Radhi OAG

Radhi OAG
RAdhi poyo buat komen lepas datang lambat

Shazlin
Shazlin angkat kaki tanpa bagi sebarang komen

Vokalis kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali gagal sekali lagi untuk melafazkan cerai terhadap isterinya, Shazlin Sharif di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya baru-baru ni. Ini kerana mahkamah dah tutup kedai sebab Radhi lambat lima minit. Ini kali kelima perbicaraan di mahkamah gagal disempurnakan.

Masa prosiding baru bermula, Shazlin memaklumkan kepada Peguam Syarie dia, Rubiah Jaafar, bahawa Radhi sedang dalam perjalanan ke mahkamah. Oleh itu, Rubiah memohon mahkamah menangguhkan prosiding hari ini ke satu tarikh lain dan waran tangkap yang dimohon pada prosiding terdahulu dilanjutkan. Waran tangkap tetap diteruskan kerana dia gagal hadir ke mahkamah. "Waran tangkap diteruskan kerana dia gagal hadir. Dia kata 'on the way'. Dahulu pun dia kata 'on the way'. Kami tidak menunggu dia," katanya.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menangguhkan ke 18 Januari depan pada jam 2.30 petang dan waran tangkap dilanjutkan. Shazlin enggan memberi sebarang komen dan terus meninggalkan perkarangan mahkamah.

Lima minit kemudian, Radhi dengan penuh poyo macam orang tak masuk sekolah kelihatan memasuki kawasan mahkamah. Dia diberiahu wartawan bahawa prosiding telah berakhir awal sebab dia tak hadir. Radhi yang poyo kata kata dia bagitau Shazlin yang dia sedang dalam perjalanan ke mahkamah. "Bila melintasi depan mahkamah, saya terima mesej khidmat pesanan ringkasnya memberitahu 'You don't need to come anymore'," kata Radhi. Dia bagi alasan dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Orang ramai pun tahu saya memang kaki lambat. Rock star mesti datang lambat."

Radhi juga memberitahu, polis telah datang ke rumahnya untuk melaksanakan waran tangkap semalam. "Saya minta maaflah kalau datang lambat. Saya memang datang lambat sebab kerja buat muzik. Saya balik dari studio pada pukul 7 pagi. Kemudian saya balik dan mandi di rumah di Kota Damansara. Saya pun nak selesaikan kes ini dengan cepat kerana saya nak bersih untuk tahun 2010. Sekarang saya nak keluarkan album dan lagu baru. Jadi, saya tak nak orang lain lihat saya banyak masalah," akui Radhi.

Radhi lepas tu masuk ke mahkamah untuk memohon waran tangkap terhadapnya dibatalkan. Ini kerana katanya, dia perlu berlepas ke China pada 10 Disember ini untuk mempromosikan produk syarikatnya. Selepas berjumpa dengan kakitangan mahkamah, Radhi menjelaskan kepada wartawan bahawa dia perlu menghubungi Rubiah untuk mempercepatkan perbicaraan atau berjumpa dengan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). "Saya memohon sekiranya boleh, janganlah tangkap saya kerana saya kena ke luar negara. Saya akan mengambil inisiatif menghubungi mereka. Rugilah kalau saya tak ambil peduli," katanya.

 |  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |