|

Puteri Lily, gambar semasa akad nikah.

Puteri Lily dan Suami, Aziz M.Osman.
| |
SUBANG JAYA, 1 Julai 2010: Puteri Lily (Puteri Salbainun Lokman), 21, isteri pelakon dan pengarah filem terkemuka, Aziz M Osman, menjadi mangsa rompakan dua lelaki bermotosikal. Kejadian kira-kira jam 3 petang. Pada masa itu, Puteri Lily memandu BMW model Z4 mengekori suaminya, Aziz, 48, yang ketika itu memandu Nissan Serena melalui Jalan Lapangan Terbang Subang menuju pejabatnya di Kota Damansara. Ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, dua lelaki bermotosikal menghampiri keretanya. Seorang daripada mereka memecahkan cermin tingkap di tempat duduk penumpang.
 |
Saya tergamam sebaik perompak itu mengacukan pistol tepat ke wajah saya. Selepas itu, seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah saya. Dia kemudian merampas beg tangan yang saya letakkan di atas tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut motosikal untuk melarikan diri. Apa yang saya tahu, mereka turut membawa senjata lain dipercayai pedang samurai yang disembunyikan di belakang baju. Saya menyedari kewujudan senjata itu selepas seorang daripada lelaki itu membongkok untuk mengambil beg tangan.
|  |
Puteri Lily tak dapat mengecam muka dua penjenayah tu. Maklumlah. Panik. Lagi pun, penyangak dua orang itu memakai topi keledar bertutup muka penuh. Dalam kejadian tu, barangan yang hilang ialah wang tunai RM1,000 selain kamera dan pelbagai dokumen penting termasuk MyKad. Nasib baik telefon bimbitnya tidak disamun sama.
Puteri Lily kata pengalaman itu cukup menakutkan dan dia benar-benar tidak sangka ia boleh berlaku pada siang hari terutama di kawasan terbuka. Puteri Lily ni tak pernah baca surat khabar agaknya. Dia ingat rompakan ni hanya berlaku pada waktu malam dan bila orang tak ada.
Suaminya, pak cik Aziz M.Osman yang turut berada di lokasi kejadian berkata, dia ketika itu baru mengambil kenderaan MPV Nissan Serena dan memandu di hadapan kereta isterinya. Dia hanya sedar apa yang berlaku sebaik memandang cermin pandang belakang dan melihat dua lelaki melarikan beg tangan isterinya. Menurut pak cik Aziz, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia tak sempat mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal terbabit.
|