ShahirJUARA
Ahmad Shahir B. Zawani lahir pada 5 September 1988 di Hospital Besar, Ipoh Perak.
Sekarang berumur 21 tahun. Ketinggian 168cm dan berat 65kg.
Shahir masih belajar lagi iaitu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Sebelum ke UIA, Shahir adalah pemegang diploma kejuruteraan.
Shahir ialah anak sulong dalam lima adik beradik.
Hobi Shahir ialah merancang masa depan. Hmm.. macam mana tu?
Menurut Shahir, dia seorang yang senang percaya orang sehingga akhirnya senang tertipu. Dia juga bertanggungjawab.
Shahir pandai bertaranum, aktif bersukan, dan ada sifat kepimpinan.
Bintang Akademi Fantasia pilihan Shahir ialah Mawi.
Shahir pernah kehilangan adik perempuan kesayangan yang telah kembali ke rahmahtullah.
Shahir pernah ditipu sehingga kehilangan motor kesayangan.
Shahir pernah terlibat dalam kemalangan kerana tertidur ketika memandu.
Bagi Shahir, aset yang ada pada dirinya ialah suaranya, dia aktif bersukan, dan sifat kepimpinannya.
|  |