|  www.artismelayu.net  |  Laman AF8  |  FORUM AF
Akademi
Fantasia 8

Klik imej untuk ke profile pelajar
Adira Ain Alif Anum Daus Ema Farina Iwan Maulana Nad Shah Shahir
Adira Ain Alif Anum Daus Ema Farina Iwan Maulana Nad Shah Shahir

Farina

Zafarina Bt. Jamhari lahir pada 7 Oktober 1982 di Bintulu, Sarawak. Umur sekarang ialah 28 tahun dan paling tua dalam barisan pelajar Akademi Fantasia 8. Farina ialah suku Melanau dan beragama Islam. Tinggi: 162cm. Berat: 50kg. Farina ialah ibu tunggal anak satu. Sekarang ini Farina bekerja di Shell MDS Sdn. Bhd di bahagian admin. Pendidikan tertinggi Farina ialah SPM. Farina mempunyai lima orang adik beradik. Farina ialah anak sulong. Hobi Farina ialah menyanyi. Bagi Farina, dia seorang yang periang, mudah bergaul, dan degil. Mungkin sebab itu menjadi ibu tunggal sekarang ini. Farina pernah menyertai pertandingan karaoke ketika berusia 10 tahun. Sebelum menjadi pelajar Akademi Fantasia, Farina pernah menjadi penyanyi kelab malam. Bintang Akademi Fantasia pilihan Farina ialah Bob AF2. Perkara paling menyedihkan yang pernah Farina alami dalam hidupnya ialah bila dia sentiasa dipandang rendah kerana bekerja sebagai penyanyi di kelab malam. Anak Farina mula bersekolah pada tahun 2007. Hadiah paling istimewa yang pernah Farina terima ialah jam tangan iaitu hadiah hari jadi dari seorang rakan. Bagi Farina, dia pandai menyanyi, mempunyai rambut dan mata yang menarik.

Farina