|  www.artismelayu.net  |  Laman AF8  |  FORUM AF
Akademi
Fantasia 8

Klik imej untuk ke profile pelajar
Adira Ain Alif Anum Daus Ema Farina Iwan Maulana Nad Shah Shahir
Adira Ain Alif Anum Daus Ema Farina Iwan Maulana Nad Shah Shahir

Peserta keempat tersingkir

11 April - Alif atau Muhammad Alif Kadim, 19, diumumkan sebagai pelajar keempat tersingkir dari Akademi Fantasia 8. Alif memperoleh undian tercorot sebanyak 9.46 peratus. Alif yang menyanyikan lagu Hanya di Radio dendangan Headwind gagal menarik perhatian penonton untuk meraih undian.

"Saya reda dengan keputusan penonton, namun saya rasa saya telah berikan yang terbaik," kata Alif pada sidang akhbar yang diadakan selepas tamat Debaran AF.

Alif sedih tapi terpaksa akur dengan keputusan yang diadili 100 peratus undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meletakkan dirinya di tangga tercorot.

Alif mengikut jejak langkah Shah, Ema dan Anum yang masing-masing diumumkan tersingkir pada minggu pertama, kedua dan ketiga. Dengan penyingkiran itu, lapan lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan ialah Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), 22; Nadia Emilia Roselan (Nad), 22, Zafarina Jamhari (Farina), 28, Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22; Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 22 dan Siti Adira Suhaimi (Adira), 19.

Perubahan yang cuba ditampilkan oleh ALif menerusi alunan dangdut pada lagu popular kumpulan 80an Headwind, 'Hanya di Radio' ternyata mengundang padah apabila disifatkan oleh pengetua Norman Abdul Halim sebagai faktor penyingkiran Alif. Bila lagu tersebut didangdutkan, hancuslah lagu tu. Bagaimanapun, keputusan untuk membuat perubahan pada lagu itu bukanlah diputuskan oleh Alif. Ia adalah keputusan kolektif daripada pihak fakulti untuk mencari perubahan pada susunan dan mood lagu tersebut. Malah, Alif sendiri pada awalnya ada menyuarakan keraguannya kepada saya mengenai perubahan lagu itu. Namun, dia tetap menyahut cabaran itu dan membawakan lagu dengan baik. Mungkin agak malang bagi Alif kerana perubahan itu mengundang padah kepadanya. Sebenarnya, pihak fakulti mahu buat experiment, tapi Alif jadi mangsa. Kesian Alif.

Alif AF8

Alif

Muhammad Alif B. Kadim lahir pada 20 Oktober 1991 di Hospital Besar, KL. Sekarang berumur 18 tahun dan merupakan peserta AF8 paling muda. Tinggi: 169cm. Berat: 59kg. Masih bujang. Alif ialah pelajar ASWARA dalam jurusan Diploma Muzik & Vokal. Pendidikan tertinggi sekarang masih lagi SPM. Alif adalah anak bongsu dari empat adik beradik. Hobi Alif ialah menyanyi, membeli-belah (macam perempuan pulak Alif ni) & bersukan. Bagi Alif, dia seorang yang pemalu, happy selalu dan cepat kelam kabut. Alif pernah menyertai pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik antara sekolah Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kelas formal nyanyian. Alif turut berbakat dalam bidang modelling dan pandai menari. Bintang Akademi Fantasia pilihan Alif ialah Hafiz dan Aizat. Perkara paling menyedihkan yang pernah Alif alami dalam hidupnya ialah kena rompak semasa ke kelas. Pada tahun 2007, Alif menyertai Konsert Diraja KPM. Pada tahun 2008, Alif mendapat tempat ke 2 Bintang Klasik Nasional. Bagi Alif, dia pandai menyanyi, mempunyai 'rupa', dan berperwatakan menarik.

Alif