Ain
Nadiawati Ainul Basir dari suku Suluk/Dusun lahir pada 25 Jun 1986 di Hospital Duchest of Kent, Sandakan.
Umur sekarang ialah 23 tahun. Ketinggian 161cm dan 45kg. Masih belum berpunya. Sekarang ini Ain ialah seorang 'beautician' di Luyang, Kota Kinabalu.
Pendidikan tertinggi yang dicapai ialah SPM.
Ain ialah anak kedua dari lapan adik beradik.
Hobi Ain ialah menyanyi, main gitar, karaoke, mekap dan melukis.
Ain kata dia mudah bergaul dan suka menyakat orang.
Masa kecil-kecil dulu Ain pernah menyanyi di FunFair. Tak apalah, Ain. Sekarang sudah boleh menyanyi secara 'live' di Akademi Fantasia.
Ain boleh bermain gitar, dan pandai melukis. Di kalangan bintang Akademi Fantasia, Ain minat Stacy dan Farhan.
Perkara paling menyedihkan yang pernah Ain alami dalam hidupnya ialah apabila mendapat tahu ayahnya disahkan sakit dan menghidap penyakit darah tinggi sehingga menyebabkan 'brain stroke' dan hilang memori.
Kesian Ain. Tabahkan hatimu. Ain pernah nak memanjat Gunung Kinabalu tapi dilarang oleh ibunya. Simpan dululah niat tu, Ain. Boleh panjat lain kali. Bawa ibu sekali.
Pada tahun 2007 Ain mengidap anemia. Setahun kemudian dia putus cinta.
Sekiranya dia gagal dan meninggalkan Akademi Fantasia, Ain akan kembali bekerja sebagai make up artist dan beautician.
Hadiah yang paling diingati hingga kini ialah telefon bimbit pemberian ayanya model Sony Ericson W580i berwarna pink.
Ain sudah lama mengidam sebuah gitar Akustik Yamaha. Ain bersuara husky, dan boleh bermain gitar sambil bernyanyi macam Yuna. |  |