Berduet dengan Inul

Inul Darsita
One Nation Emcees bakal berduet dengan Inul. Itulah bunyi berita dalam akhbar. Sebenarnya bukan berduet. Sebab berduet ni maknanya ber-dua. Sebenarnya akan bergabung dalam lagu, atau album. Tapi tak kisahlah apa pun.

Wow.. Inul Darsita, Ratu Goyang Gerudi Indonesia
Menurut One Nation Emcees, mereka diberitahu yang Inul Darsita mengenali mereka melalui laman video, YouTube semasa menyanyikan lagu Goyang Inul pada konsert Gangstarz. Daripada situ Inul Darsita menunjukkan kesudian bergabung dengan One Nation Emcees. One Nation Emcees sudah pun bercakap dengan wakil Inul Darsita dari Indonesia yang melamar mereka berduet dengan artisnya. Bagi One Nation Emcees, ini adalah peluang sekali seumur hidup, jadi mereka tidak mahu melepaskannya. Kebetulan One Nation Emcees dalam proses menghasilkan lagu berjudul 'Kerana Wang' maka mereka merasakan ia cukup sesuai dengan corak nyanyian mereka dan Inul Darsita. Ia kedengaran hip hop, rock dan dangdut. Mungkin tajuknya bakal diubah menjadi 'Karena Uang' untuk pasaran Indonesia. One Nation Emcees akan pergi ke Jakarta untuk membincangkan urusan tersebut.
Sebagai orang baru, One Nation Emcees tanpa berselindung menunjukkan air muka kebimbangan berpadu suara dengan Inul Darsita. Siapalah mereka kalau mahu disukat populariti dengan Inul Darsita, Ratu Gelek Gerudi yang menggegarkan Indonesia. Selepas difikir semula, mereka berpendapat artis lain yang dapat peluang sama dan mengecap kejayaan hari ini juga barangkali ada perasaan sama macam mereka. Cuma sampai bila One Nation Emcees kena akur dengan kegusaran ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi hendak cuba. Justeru, One Nation Emcees nekad bergandingan dengan Inul Darsita. Mana tahu mereka dapat masuk pasaran luas di Indonesia. One Nation Emcees akan menggunakan empayar Sonic Velocity sebagai orang tengah mewakilkan grupnya di Indonesia.
| Cerita lain tentang One Nation Emcees
One Nation Emcees yang angkuh
Mimi kemalangan, kereta terbalik |