Nurul kecewa
Nurul ex-Ajai (Nurul Huda Abdul Wahab) baru-baru ni terkilan kerana kontraknya bersama Metadome Sdn. Bhd. atau kini dikenali sebagai Alibi Music Sdn.Bhd. ditamatkan pada awal Januari lalu dengan hanya satu SMS.
Kesian Nurul. Sudah 15 tahun Nurul menghambakan diri dalam dunia seni. Dia sebelum ini pernah bernaung di bawah label BMG, Polygram, Universal Music Malaysia dan Warner Music Malaysia.
Namun menurut Alibi Music Adn Bhd, menamatkan kontrak artis adalah budi bicara mereka. Nurul hanya setahun bersama Alibi Music Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan mengaku ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Nurul kerana ketika itu mereka terlalu sibuk dengan konsert Alibi Kosmik sempena pertukaran nama baru syarikat.
Punyalah sibuk sangat sampai syarikat tu tak sempat panggil Nurul untul berbincang atau menghantar surat hitam putih. Punyalah tak profesional.
Alibi Music telah menghasilkan sebuah album Nurul berjudul 'Tika Cinta', tetapi Nurul mendakwa pihak syarikat sendiri tidak membuat perancangan dan promosi menyebabkan album itu tak laku.
Namun Alibi Music mendakwa single pertama Nurul kurang mendapat sambutan. Begitu juga dengan single kedua, dan ketiga.
Agaknye dulu Nurul naik sebab Ajai.
|