www.artismelayu.net
Forum Artis

Norman KRU

Norman KRU - Shireen kahwin

Norman Abdul Halim, 37, melangsungkan perkahwinan dengan Shireen Mardziah Hashim, 44, pada 7 Ogos 2009 di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Akad nikah disempurnakan dengan hanya sekali lafaz. Norman ialah abang sulung kumpulan KRU dan yang paling lambat berkahwin selepas Edry dan Yusry. Norman ialah CEO Kumpulan KRU Studio manakala Shireen ialah CEO KRU International. Mereka bercinta selama dua tahun. Majlis perkahwinan diadakan secara sederhana. Mereka berbulan madu seminggu di New Zealand. Shireen ialah sepupu kepada Milia iaitu isteri Edry dan adik ipar Norman. Norman dan Shireen mula berkenalan di majlis pernikahan Edry-Milia 11 tahun yang lalu. Ini merupakan perkahwinan pertama Norman, namun yang ketiga bagi Shireen. Dia masih belum mempunyai anak dari dua-dua perkahwinan sebelumnya. Turut hadir di majlis perkahwinan mereka ialah Mawi, Ekin, Maya Karin dan Datuk Shake. Semoga kekal bahagia. Selamat pengantin baru.


www.artismelayu.net 2009 artismelayu@yahoo.com