ArtisMelayu.net  |  Home

Nora Danish akan di saman?

Krisis antara Nora Danish dengan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. masih belum reda. Sepanjang minggu lepas banyak akhbar melaporkan kesedihan produser syarikat itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa atau Kak Ton yang kecewa dengan tindakan Nora meninggalkan penggambaran SpaQistina. Nora Danish dikatakan menarik diri dari membintangi drama bersiri tersebut gara-gara dia bertembung dengan Fasha Sandha di lokasi pada hari penggambaran. Dia merasakan pihak produksi tidak mematuhi perjanjian yang dipersetujui. Mengikut perjanjian awal, tidak ada adegan bersama atau mereka tidak akan bertemu muka sepanjang penggambaran berlangsung.

Namun menurut Datin Zaiton, penggambaran tidak boleh nak dijangka. Kadang-kadang faktor cuaca turut mempengaruhi sehingga penggambaran terpaksa ditunda. Oleh itu kejadian Nora Danish dan Fasha Sandha 'bertembung' itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Gara-gara penarikan diri Nora selepas dia melakonkan 38 babak drama itu, Global Station terpaksa buat penggambaran semula yang melibatkan kos lain.

Kerana tindakannnya tu, Nora Danish dikatakan bakal dikenakan tindakan saman. Global Station memang sedih dengan tindakan Nora Danish yang tidak mahu diajak berbincang. Nora Danish belum menyudahkan baki 67 daripada 103 adegan yang diperuntukan untuknya. Walaupun Nora masih belum menandatangani apa-apa perjanjian, namun sikap tidak bertanggungjawabnya itu menyebabkan pihak produksi menanggung banyak kerugian.

"Saya rasa seperti dikhianati"

Nora Danish telah menarik diri di saat akhir dari membintangi drama bersiri SpaQistina. Dia menarik diri semasa berada di lokasi.

Punca Nora Danish menarik diri ialah kerana dia rasa dia dikhianati oleh penerbit Datin Zaiton Mohamad Jiwa. Nora Danish kata, sebelum itu dia sanggup terima tawaran Datin Zaiton untuk berlakon dalam musim baru drama bersiri itu kerana Datin Zaiton sanggup memenuhi syarat dia untuk tidak menemukan dia dengan Fasha Sandha dalam mana-mana babak. Semua orang tahu, kan. Fansha Sandha dikatakan menjadi punca perceraian Nora Danish dengan bekas suaminya.

Nak dijadikan cerita, dua minggu lalu, mereka bertembung di lokasi. Ketika di lokasi, waktu panggilan (call time) yang membabitkan adegan Nora Danish adalah lebih awal iaitu pada pukul 1 petang manakala part Fasha Sandha pula ialah lewat sedikit iaitu pada pukul 4 petang seperti mana yang ditetapkan.

Namun beberapa insiden yang tidak dapat dielakkan telah berlaku yang menyebabkan jadual penggambaran untuk Nora Danish telah dilewatkan sedikit. Nak menambahkan lagi tragedi, Fasha Sandha pula sampai lebih awal daripada waktu yang ditetapkan. Jadi mereka pun bertembung. Kata Nora Danish, masa dia keluar dari bilik, dia lihat Fasha Sandha duduk di situ dengan skrip di tangan. Jadi Nora Danish mengambil tindakan drastik dengan menyerahkan balik skrip dia dan cek bayaran yang dia dapat tu kepada penerbit drama, Datin Zaiton Mohamad Jiwa. Macam orang merajuk ler lebih kurang macam tu.

Mungkin Nora Danish masih pedih hati melihat 'perampas' suaminya. Hati seorang wanita bekas isteri hanya dia yang tahu. Namun Datin Zaiton anggap Nora Danish 'tidak profesional'. Mungkin Nora Danish ingat ada skrip 'memujuk' dia tapi nampaknya skrip tu tak berlaku. Watak 'Maya' yang dipegang oleh Nora Danish telah diberi kepada Ummi Nazeera.

"Saya rasa seperti dikhianati apabila terjadinya perkara sebegini dan mereka bagaikan tidak memenuhi perjanjian yang telah ditetapkan. Terus terang saya katakan, memang saya menyesal menerima tawaran ini dari mula biarpun tahu pelakon itu akan turut berlakon dalam drama tersebut."

Nora Danish

Kata Nora Danish, dia pada mulanya tak kisah bila tahu Fasha Sandha juga akan berlakon dalam drama SpaQistina kerana syarikat produksi Datin Zaiton, Global Station bersetuju dengan syarat Nora Danish untuk tidak menemukan mereka. Malah Datin Zaiton sendiri kata Nora Danish telah meyakinkan dia yang tidak ada adegan bersama antara dia dengan Fasha Sandha dalam mana-mana babak drama tersebut.

So, begitulah kisahnya. Hebat jugak Fasha Sandha ni. Dulu dia berjaya keluarkan Nora Danish dari dunia hidup suaminya. Sekarang, dia berjaya keluarkan Nora Danish dari dunia drama SpaQistina.

Maafkan Fasha?
Bukan sekarang..

Nora Danish
Nora Danish

Nora Danish kata dia memang nak maafkan Fasha Sandha tapi dia perlu ambil masa. Masa itu bukan sekarang. Masa untuk maafkan Fasha Sandha belum sampai lagi."Saya perlu tunggu sampai masa yang sesuai," kata Nora Danish

Kenapa Nora Danish marah sangat pada Fasha Sanda? Semuanya berpunca dari kontroversi Fasha Sanda yang dianggap menjadi punca utama perceraian Nora Danish dengan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli.

Kedua-dua Nora Danish dan Fasha Sandha terlibat dalam musim baru Spa Q yang kini dikenali sebagai Spa Qistina. Kata Nora Danish, dia tidak tahu pun yang Fasha Sandha akan turut terlibat sama dalam produksi tersebut. Ramai orang menanti dengan penuh teruja bagaimanakah agaknya nanti kedua-dua artis ni bertembung dalam satu produksi. Kata Nora Danish setakat ini belum ada sesi pergambaran dan mereka belum ditemukan lagi.

Dalam Spa Qistina musim baru ini, Nora Danish membawa watak Maya yang akan berkahwin dengan watak yang dibawakan oleh Dafi. Pada awal perkahwinannya, dia bahagia namun kemudian dia rasa tergugat apabila suaminya beralih tumpuan pada wanita lain.

Nora Danish
Wow. Mantap..

 |  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |