Maya Karin makin kurus

Maya makin kurus sekarang (Foto KOSMO!)
Maya Karin yang sedang dilanda krisis rumah tangga sekarang ini makin kurus. Macam itulah pandangan wartawan. Dalam masa yang sama Maya Karin menegaskan tiada orang ketiga yang wujud dalam pergolakan tersebut.
"Ini salah kami (saya dan suami) serta tanggungjawab kami," kata Maya Karin.
Suami Maya ialah Muhammad Ali Steven atau nama dahulunya, Steven David Shorthose yang sekarang berada di luar negara. Mereka berkahwin pada 14 Ogos 2008.

Bahagia yang tak berkekalan (Foto KOSMO!)
Maya Karin mengaku kehidupan dia dan suaminya sedang dilanda krisis dan mereka kini sedang mencari penyelesaian. Bapa Maya kini berada di Vietnam tetapi selalu mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Kita tunggu sajalah nanti sama ada masalah tersebut adalah kerana mereka berdua, atau kerana orang ketiga.
|