Maya Karin
Idam anak tahun depan Kenapa tahun depan? Sebab dia dah nak tahun depan. Biarlah dia.
Maya Karin berkahwin dengan Steven David Shorthose (nama Islam dia Muhammad Ali) 15 Ogos tahun lepas di Italy.
"Saya juga sama seperti pasangan suami isteri yang lain, punya impian untuk memiliki anak sendiri. Jika boleh, saya merancang untuk ada cahaya mata tahun depan. Steven juga amat mengharapkan kami dikurniakan anak.
Tapi, saya tidak mahu terlalu fikirkan sangat kerana saya tidak mahu rasa tertekan pula.
Saya percaya, Allah telah tentukan takdir semua individu.
Jika ditakdirkan saya memiliki keluarga yang besar, saya bersyukur.
Namun, jika tidak pun, saya terima semua itu.
Sebagai umat Islam, selain percaya pada takdir, kita juga kena berusaha ke arah itu."
Selamat berusaha, Maya.

Maya Karin dan Nanu Baharudin yang sama-sama berlakon dalam Pontianak Harum Sundal Malam.
|
PROFIL
Nama: Maya Karin Roelcke
Nama Komersial: Maya Karin
Kacukan: Melayu-India-Cina (ibu) dan Jerman (bapa)
Tarikh Lahir: 29 Okt 1979
Zodiak: Scorpio
Tempat Lahir: Bayreuth, Jerman
Pendidikan: Institut Lim Kok Wing
Jurusan: Media dan pemasaran
Tinggi: 168cm
Berat: 48kg
Hobi: Membaca, bersukan
Minuman Kegemaran: Milo Ais
Makanan Kegemaran: Nasi Campur and Japanese Food
Adik Beradik: Anak sulung dari tiga adik-beradik. Dibesarkan dan bersekolah di Indonesia. Membesar dalam lingkungan cara hidup Indonesia di Samarinda, Padang dan Bandung kerana mengikut ayah yang bertugas di Bank Dunia. Pada zaman remaja di Bandung, Maya menceburi bidang modelling dan menyanyi di pub (seawal umur 15 tahun). Maya tinggal selama lebih 13 tahun di Indonesia Kebanyakan anggota keluarga Maya menetap di Jerman dan menjadi pemuzik klasik di sana.
Filem (semua pelakon utama)
- Seri Dewi Malam (2001)
- No Problem (2001)
- Mr.Cinderella 2 (2003)
- Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
- Tujuh Perhentian (2004)
- Pontianak Harum Sundal Malam (2005)
- Waris Jari Hantu (2007)
- 1957 Hati Malaya (2007)
- Anak Halal (2007)
- Duyung (2008)
- Pungguk Rindukan Bulan (2008)
- Pisau Cukur (2009)
TV
- Hos Wavelength by Wella [TV3]
- Ratu Sehari [Astro Ria]
- Channel V [Astro]
- Hos Beauty Secrets From The East [TV3]
- Anak Pontianak [TV3]
Album
- Erti Cinta
- Bukan Qalamaya
Model
- Pantene
- Wella
- Halle dan Yishion (dengan Hans Isaac).
- Loreal Paris
- Celcom
- Monsoon Cup 2007
- Tag Heuer
Anugerah
- Artis Baru Paling Popular
- Anugerah Bintang Popular 2001
- Pelakon Wanita Terbaik (Festival Filem Asia Pacifik, Fakuoko 2004)
- Pelakon Terbaik (Estepona Horror & Fantasy Film Festival Spain 2005)
- Pelakon Wanita Popular (ABPBH 2005)
- Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5 (PHSM2)
- Penghargaan Seniman Pelakon Wanita Terbaik 2006
- Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-6 (Anak Halal)
|