|
 Foto mStar.com
 Foto Harian Metro
 Foto KOSMO! Maya dan suami, Muhammad Ali
| |
KUALA LUMPUR - Setelah hampir dua tahun berkahwin dan dihambat kontroversi keretakan rumah tangga, pelakon dan pengacara Maya Karin muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bersama suaminya, Muhammad Ali dipercayai bagi mengesahkan pernikahan mereka yang berlangsung di Itali.
Kedua-dua Maya Karin, 31, dan suaminya, Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose, 41, hadir di mahkamah bagi prosiding yang dijalankan secara tertutup. Kenapa tertutup pula? Mereka berada dalam mahkamah selama 45 minit. Selepas itu Muhammad Ali keluar terlebih dahulu sebelum Maya Karin muncul 15 minit kemudian.
Kedua-dua mereka enggan melayani pertanyaan wartawan yang sudah menunggu di mahkamah sejak pagi lagi.
"No comment, no divorce"
"You just ask Maya, no comment," kata Muhammad Ali, guru Matematik di sekolah antarabangsa. Nadanya serius macam muka dia jugak. "No divorce," sempat pulak dia menambah. Maknanya, mereka berdua tak bercerailah.
Maya Karin pun sama juga tak mahu mengulas sebaliknya sambil tersenyum manis berkali-kali memohon maaf kepada wartawan kerana tidak boleh menjawab sebarang soalan mereka. "Saya tidak boleh beritahu apa-apa, saya minta maaf,” kata Maya. Oklah tu. Mungkin di atas nasihat peguam.
Epilog
Kemelut rumah tangga dihadapi Maya Karin dan Steven mula dihidu media sejak Februari lalu apabila mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung berikutan berdepan konflik, namun belum bercerai. Itu yang kita dengar. Mungkin dah bercerai kita pun tak tahu. Pasangan itu bernikah pada 14 Ogos 2008 dan melangsungkan perkahwinan dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali, disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, pada 26 Ogos tahun sama selepas tujuh tahun bercinta.
Akhbar sebelum ini melaporkan Maya Karin yang juga Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, mengakui rumah tangganya berdepan konflik. Malah, segala usaha untuk menyelesaikan masalah itu masih dalam peringkat perbincangan. Walaupun belum bercerai, setakat ini mereka membawa haluan sendiri dan perdamaian menemui jalan buntu.
|