ArtisMelayu.net  |  Home

Maizawati dakwa difitnah, nak saman akhbar tabloid

Maizawati

Saman, jangan tak saman. Maizawati Zainal merancang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas sebuah akhbar tabloid yang menerbitkan artikel berbaur fitnah ke atasnya. Artikel tersebut yang dimuatkan di muka hadapan akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana membawa tajuk 'Maiza buru lelaki kaya,' laporan Zuraidah Abd Halim. Kata Maizawati, artikel tersebut menggambarkan yang dia mengejar lelaki berharta selepas menjadi janda bila diceraikan oleh Akhil Hayy. Kata Maizawati, artikel tersebut menyebabkan dirinya kini menjadi buat mulut orang ramai yang mula memandang serong padanya dan mencetuskan tanggapan yang dia mata duitan. Maizawati kini dihujani banyak panggilan telefon dan sms dari keluarga dan rakan-rakannya berikutan artikel tersebut.

"Jika benar saya mahukan lelaki kaya, saya tidak perlu bersusah payah mengusahakan perniagaan untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak," kata Maizawati ketika dihubungi oleh wartawan dari satu lagi akhbar tabloid.

Maizawati

Maizawati mengakui ada dihubungi oleh wartawan akhbar tabloid tersebit sebelum Hari Raya Aidilfitri dengan alasan hendak menulis berita tentang persiapannya menghadapi Hari Raya. Wartawan tersebut juga ada bertanyakan tentang ciri-ciri calon suami Maizawati sekiranya dia ditakdirkan berkahwin lagi. Maizawati cuma mengatakan yang dia mahukan lelaki yang kaya budi bahasa. Menurut Maizawati lagi, wartawan tersebut ialah wartawan yang sama sebelum ini yang menyiarkan berita yang Maizawati meninggalkan bekas suami pertamanya dulu kerana mengejar Akhil Hayy. Maizawati memberi peluang kepada wartawan tersebut untuk meminta maaf sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Kesian Maizawati. Dah le jadi janda, dipermainkan oleh wartawan hiburan yang hanya mahu lariskan akhbar masing-masing.

Maiza nak jadi penyanyi

Maizawati

Sebelum bercerai dengan Akhil Hayy, Maiza jadi surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak di rumah. Lepas bercerai, Maiza jadi model, ada website sendiri untuk jual tudung secara online, dan sekarang jadi artis rakaman. Myza dah masuk studio untuk rakaman album dia. Myza pilih (atau diberikan) lagu berkonsep world music. World music ialah konsep yang sama yang dibawa oleh Waheeda. Jom singgah-singgah di kedai tudung online Maiza.

ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster