www.artismelayu.net
Forum Artis

Leina Hangat Leina Hangat

Leina Hangat kahwin kali kedua

Leina Hangat, 37, kahwin lagi selepas empat tahun menjanda. Perkahwinan pertama dengan orang putih warga Perancis. Setelah gagal dengan selera antarabangsa, kali ni Leina Hangat tukar haluan ke selera tempatan. Suami kedua Leina Hangat ialah Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 35.

Leina Hangat kata dia bukan nak kahwin sangat selepas bercerai. Dia hanya berkawan dengan Zaipul. Tapi entah macam mana lepas tu dia rasa Zaipul ni sesuai untuk jadi suami. Kata Leina Hangat, Zaipul banyak membantunya dalam menguruskan kes perceraiannya dengan bekas suami. Setahun berkawan, akhirnya mereka pun berkahwinlah. Majlis akad nikah diadakan secara sederhana di Masjid Negara. Semoga perkahwinan kali ni kekal abadi hendaknya.

Leina Hangat di mahkamah

Berjaya tuntut fasakh

KUALA LUMPUR – “Azab selama empat tahun dah berakhir, saya amat puas hati, ini yang saya tunggu-tunggu selama empat tahun.” Demikian luahan hati penyanyi dangdut dan pelakon, Leina Hangat selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membenarkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah seorang warganegara Perancis. Mereka berkahwin pada tahun 2002. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mamat Haizan Salleh selepas Liena, 36, memberi keterangan dan mengangkat sumpah istizhar untuk membenarkan segala dakwaannya. Artis itu juga kemudiannya diperintahkan supaya memfailkan penceraian serta beredah selama tiga kali suci mulai semalam.

“Mahkamah berpuas hati bahawa saman secara penyampaian ganti telah memenuhi tuntutan dan defendan gagal untuk hadir serta memfailkan pembelaan. Mahkamah juga berpuas hati bahawa defendan gagal dan cuai untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada plaintif sejak Oktober 2003. Sehubungan itu saya benarkan tuntutan fasakh ini berkuat kuasa hari ini,” kata Leina Hangat.

Liena atau nama sebenar, Norazlina Abd Rahman memfailkan tuntutan fasakh terhadap Muhammad Jamal pada 19 Jun lalu selepas suaminya yang juga seorang chef Perancis menghilang diri tanpa dapat dikesan sejak Oktober 2003. Dalam perbicaraan sebelum ini, Liena memberitahu perbezaan budaya antaranya dengan suami kemungkinan menjadi penyebab mereka bergaduh dan lelaki itu berubah menjadi pemabuk, menyimpan perempuan lain sejak berpindah ke Singapura pada Mac 2003 serta turut memukulnya.

Leina Hangat dan suami

Hanya tinggal kenangan. Leina Hangat dan bekas suami, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah dari Perancis.


www.artismelayu.net 2009 artismelayu@yahoo.com