Juliza Adzlizan suka seks?

Juliza Adzlizan yang seksi (Foto Utusan)
Kalau Fasha Sandha ada Facebook 'anti Fasha Sandha', Juliza Adzlizan pula ada Facebook yang 'mengaku' dia suka seks. Kesian Juliza Adzlizan. Selepas hampir 30 tahun bergelumang dalam industri muzik, secara tiba-tiba namanya naik semula sebab 'suka seks' dalam Facebooknya.
Juliza Adzlizan Abd. Rafar, 44 tahun, ialah juara Bintang RTM 1983. Sebelum ini dia jarang dikaitkan dengan kontroversi yang negatif. Tapi kali ni memang kontroversi sungguh. Gara-gara perkataan 'suka seks' dalam facebooknya, Juliza kini menjadi mangsa kritikan yang agak memalukan bagi masyarakat tempatan.
Pada bahagian informasi 'interest' (kegemaran) di akaun Facebook itu, 'Juliza' meletakkan seks selain memasak, menyanyi, menari, membeli-belah dan menonton wayang. Lepas itu akaunnya tersebar pula ke beberapa laman web dengan meletakkan iklan ubat seks di bahagian atasnya. Juliza menafikan sekeras-kerasnya yang akaun Facebook itu adalah miliknya.

"Saya dianiaya," kata Juliza (Foto KOSMO!)
"Saya dianiaya," kata Juliza. "Akaun Facebook itu bukan milik saya sebaliknya orang lain. Saya mempunyai akaun saya sendiri. Saya takut ada orang cuba mengenakan saya memandangkan beberapa bulan yang lalu, ada orang yang menceroboh masuk ke akaun saya dan saya tak boleh membuka akaun tersebut selama sebulan. Saya rasa ada orang yang dengki dengan saya dan melakukan sesuatu ke atas akaun saya."
"Saya tidak ada masalah dengan hal itu (seks). Bagi saya, masyarakat perlu tahu mengenainya. Walaupun saya seorang yang terbuka, saya tak akan menulis berkaitan seks secara terbuka dalam Facebook."
Kata Juliza, memang ramai bloggers yang tak suka golongan artis bersih daripada kontroversi. Oleh itu mereka cuba mereka sesuatu untuk menaikkan nama laman web masing-masing. Bagi Juliza, mereka yang membuat akaun palsunya itu adalah pendengki.

Bekas Juara Bintang RTM
Namun kata Juliza "Pedulikanlah apa mereka (orang ramai) nak cakap. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Janji, suami dan keluarga saya tahu apa yang saya buat. Suami saya juga kerap memantau Facebook saya, dan jika ada yang tak kena, dia akan cakap. Jadi saya tak kisah."
Juliza yakin dia menjadi mangsa facebook. Kata Juliza mungkin orang dah lama memantau akaun dia, lalu mereka cuba memburukkan dirinya dengan meletakkan satu perkataan (suka seks) itu sahaja. Kalau benarlah dia sukakan seks seperti yang ditulis, takkan dia nak letak dan membiarkannya menjadi tontonan umum.
Sekarang ini Juliza ialah guru vokal sekolah Singing Factory miliknya sendiri.
|