|  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Julia Ziegler mandi wajib

Julia Ziegler
Julia Ziegler (Foto The Star)

Mandi Wajib Lepas Penggambaran

Julia Bob Fauzi Ziegler kini sudah bergelar produser. Dia baru sahaja selesai penggambaran filem berjudul 'Crayon' yang mengisahkan kehidupan anak yatim. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon baru terdiri dari anak yatim sediri. Menurut Julia Ziegler, filim itu dibuat untuk tujuan amal," kata Julia yang menjangkakan filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun ini. Julia Ziegler juga memberitahu yang dia sering mandi wajib setiap kali habis penggambaran bagi mengelakkan perkara buruk di lokasi atau karakter sewaktu penggambaran terbawak-bawak ke luar.

"Perkara yang saya amalkan sejak bergelar pelakon ialah mandi wajib selepas balik penggambaran. Saya tak mahu terbawa-bawa watak itu hingga ke rumah. Misalnya kalau watak mabuk kebiasaannya kalau tak bersihkan badan ianya akan berterusan hingga ke luar."

Julia Ziegler
Julia Ziegler yang seksi

Sering dicop perampas kekasih

Julia Ziegler yang berumur 26 tahun kini juga sewring dicop sebagai perampas kekasih gara-gara lakonannya yang sering membawa watak nakal. Julia Ziegler mengaku pernah diserang seorang perempuan di sebuah restoran. Kejadian tersebut mengajarnya untuk lebih berhati-hati untuk bergaul mesra dengan lelaki yang kurang dikenali.

"Saya pernah diserang oleh seorang perempuan yang tidak dikenali. Ketika itu, saya baru sahaja keluar dari gym. Perempuan tersebut tak semena-mena panggil saya perampas sebab cuba mengurat kekasih dia, sedangkan saya pun tak tahu siapa kekasih dia. Tapi saya difahamkan kekasihnya adalah seorang dari instructor di gym tersebut. Memang ketika itu saya minum dengan empat orang instructor saya, tak tahu la yang mana satu kekasih perempuan tu."

Julia Ziegler tidak mahu lakonan-lakonan nakalnya di dalam drama dan filem ditafsirkan kepada realiti sebenar. "Saya tidak mahu dicop perampas atau player kerana lakonan saya. Memang saya nakal dulu tapi tak pernah rampas kekasih orang. Setakat nakal-nakal biasa saja." Julia Ziegler juga memberitahu dia kini lebih menjaga tingkah laku, percakapan dan pemakaian ketika berada di tempat umum bagi menjaga hati peminatnya. "Saya sedar peminat-peminat saya kebanyakannya dari kalangan makcik-makcik, jadi saya perlu jaga pemakaian, tingkah laku dan percakapan bila berada di luar. Lagi pun kawan-kawan mama juga ada yang tegur supaya pakai yang elok-elok. Bagus juga, ini salah satu perubahan kearah kebaikan."

www.artismelayu.net