Julia Ziegler sedap dipeluk

Betul ke Julia Ziegler sedap dipeluk?
Itu tajuk dalam akhbar baru-baru ni. Kalau nak tau betul ke tidak kenalah test sendiri.
Komen akhbar berkenaan adalah lantaran Julia Ziegler yang pada asalnya ramping sebelum ini sudah kelihatan berisi secara mendadak.
Julia Ziegler ialah model dan pelakon berusia 25 tahun berdarah kacukan Melayu-Inggeris. Nama betul dia ialah Julia Bob Fauzi Ziegler.

Makin tembam.
Salah makan ubat
"Sejak Julai lalu, saya pergi ke gim dari pukul 6.30 petang sehingga 10 malam setiap hari. Tapi disebabkan jurulatih saya memberikan ubat yang salah, ia menyebabkan berat badan saya meningkat secara mendadak.
Saya sebenarnya meminta ubat untuk membakar lemak tetapi dia memberikan ubat untuk menaikkan berat badan. Tujuan saya pergi ke gim adalah kerana mahukan otot seperti badan Jessica Alba yang tampak sihat.
Namun, sekarang bukan sahaja berat badan saya meningkat, muka saya juga tumbuh ruam yang teruk kerana kepanasan akibat ubat itu."
Rumah pusaka ibu Julia Ziegler ada di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Di situ Julia Ziegler sempat tanam pokok cili, bendi dan kangkung. Sempat pula tangan dia disengat lebah.
Kampung ayah dia pula ialah di Amerika Syarikat. Di sana ada pakcik, makcik dan nenek Julia Ziegler.

Betul ke Julia Ziegler sedap dipeluk?
PROFIL: Nama komersil ialah Julia Ziegler tapi nama asal ialah Julia bt Bob Fauzi Ziegler.
Lahir pada 21 Mei 1984. Julia Ziegler berdarah kacukan Melayu (sebelah emak) dan Amerika (sebelah bapa).
Julia Ziegler mendapat pendidikan di Cenfad (2001), Savannah Georgia College of Art & Design (2002-04), dan LimKokWing (2005).
Julia Ziegler pernah bekerja di syarikat rekabentuk dalaman iaitu Suria Design Sdn Bhd.
Tinggi 5 kaki 8 inci dan berat 51kgs. Warna mata ialah cokelat tua dan warna rambut pun sama cokelat tua juga. Saiz kasut ialah 7 dan 8.
Antara pencapaian Julia Ziegler ialah pernah dicalonkan sebagai Top 5 Most Popular New Female Artist (2007), dicalonkan sebagai Most Popular Female Film Actor 2007 dan Most Popular Female TV Actor (2007). Tapi belum pernah menang satu pun.
Sebagai model, Julia Ziegler banyak menghiasi muka depan majalah seperti Bridal Gallery (2004), Wanita (August 2007), Remaja (Dec 2007), Rapi (Dec 2007), Maskulin (Jan 2008), EH! (Feb 2008), i-Sihat (Feb 2008), InTrend (Mar 2008), URTV (April 2008).
Julia Ziegler turut menjadi model iklan untuk
Prenagent Milk (2004), Ayam Brands (2004), Pringles (2005), Nokia (2005), Celcom (2005), Olay Pantene (2006), Sendayu Tinggi (2006), dan Nesvita (2006).
Bagi iklan dalam media cetak pula Julia Ziegler pernah terlibat dengan HSBC (2005), Malaysian Airlines (2005), Jusco (2006), cat ICI (2006), Intoxi Kate Boutique (2007), DIGI Prepaid Phone Cards (2007).
Julia Ziegler pernah terlibat dalam teater M! The Opera pada tahun 2006.
Julia Ziegler pernah berlakon dalam drama
Nuraisha/Samarinda (2006), Aku Untuk Mu (2007), Dark City (2007), Susuk (2007), Bisikan Hati (2007), Kerana Karina (2007), Ejen 016 (2007), Cinta dan Keadilan (2007), KL Menjerit The Series (2008), Hujan Malam (2008), Skuad PGC / Kastam Diraja (2008), Kasih Mia (2008), Gurindam Jiwa (2008), Vice Versa (2008), Alamak Amy (2008), Terpateri Sebuah Janji (2008), Sabrina - Telemovie (2008), Juanna - Drama Series (2008), Prolog - Telemovie (2008).
Julia Ziegler berlakon dalam filem Kayangan (2006/7), Cuci The Movie (2008), Cicakman-2 (2008), Jangan Tegur (2008).
Julia Ziegler turut terlibat dalam Project Runway 2007 (reality TV) dan MIFA 2007 (Malaysia International Fashion Asia).

Julia Ziegler makin berisi

Julia Ziegler
|