|
 Foto mStar.com
 Foto KOSMO!
| |
Juhara Ayob, 39, terlibat dalam satu kemalangan maut pada 30 Jun lepas (Khamis) pukul 12.15 tengah hari. Kejadian di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang. Juhara Ayob pada masa itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru menuju ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA).
Juhara Ayob memandu MPV Toyota Wish warna kelabu. Dia tidak mengalami kecederaan. Of course la sebab dia duduk dalam kereta dan langgar orang. Wanita Myanmar yang dilanggarnya itu mati di tempat kejadian. Juhara Ayob membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar pukul 6 petang di hari yang sama.
Mangsa, Dil Bahar Tasol Ahmad, 58 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. Dia dilanggar oleh Juhara ketika melintas jalan. Pada masa perlanggaran, Juhara memandu di lorong laju (kanan sekali) menuju ke pusat bandar. Polis telah mengambil keterangan Juhara dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 |
Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya. Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.
|  |
INFO:
Juhara Ayob ada dua anak iaitu Nurul Imanina dan Mohd Fawwaz.
Bagi Juhara Ayob, teater memberikannya satu kepuasan yang tidak terhingga berbanding drama kerana teater memerlukan lebih komitmen dalam menghayati dan mengenali watak.
Juhara Ayob ialah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Juhara Ayon memulakan kerjaya dalam bidang seni dengan teater muzikal 'Tikar Mengkuang' arahan Lokman Ghani pada tahun 1989.
Antara teater lain: Anak Raja Gondang, Raja Laksamana Bentan, Lantai T.Pinkie, Muzikal Lantai T.Pinkie, Pelayaran Nur Atma, Anugerah, Dejavu, Sungai Mengalir Lesu, Tengku Anum, Dejavu.
Berlakon dalam drama tv 'Cinta Si Penggali Kubur' dengan Nasir Bilal Khan.
Sudah berlakon teater sejak 20 tahun lalu.
Juhara menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi Kategori Drama di Anugerah Skrin (TV3) dan Seri Angkasa (RTM).
|