Ilyka (Zuraila Mohd Yassin, 38), sudah hampir sepuluh tahun berkecimpung dalam industri hiburan penyanyi. Namun namanya tak begitu dikenali. Namun Ilyaka tidak pernah mengenal erti putus asa. Biarpun kurang dikenali berbanding rakan artis yang seangkatan, Ilyka tidak pernah berasa jemu untuk menyanyi, malah baginya menyanyi adalah sebahagian dari hidup.
Ilyka dah ada seorang anak, bernama Arisya Datuk Ahmad Azizi, 7. Namun ini semua tidak menghalang Ilyaka untuk bergiat aktif dalam bidang nyanyian. Malah kehadiran 2010 membuka semangat baru kepadanya apabila merakamkan sebuah single bertenaga berjudul Sistematik. Lagu ciptaan Ajai ini dikatakan berkonsepkan rentak teknotronik yang seiring dengan peredaran muzik masa kini. Lagu-lagu tersebut juga sering dibawakan oleh penyanyi-penyanyi barat.
"Sistematik ialah sebuah lagu yang rancak dan boleh menggerakkan tubuh kita untuk menari. Saya lihat konsep lagu sebegini bukan sahaja menarik perhatian golongan remaja malah peringkat umur makcik-makcik juga menjadikan lagu sebegini ketika bersenam. Kalau dulu mereka lebih mengikut rentak lagu poco-poco tetapi kini mereka lebih suka gunakan lagu semasa. Pertama kali mendengar lagu ini saya sudah tertarik. Memang Ajai mahu buat sesuatu yang drastik terhadap penampilan semula saya pada 2010 ini agar come back ini lebih segar dan bertenaga," kata Ilyka.
Biarpun lama menyepi namun suara penyanyi genit ini masih lagi merdu seperti diawal kemunculannya. Menurut Ilyka, pengalaman menjadi penyanyi di hotel-hotel secara tidak langsung mengajarnya untuk menjaga kualiti vokal.
Ilyka menjadi penyanyi sejak usia remaja lagi. Ilyka menghasilkan album solo, Di Usung Duka pada 1994. Belum apa-apa dah mengusung duka. sebab tu agaknya album tak laku dan dia sendiri tak dikenali. Kemudian kerjaya seninya terus senyap selepas berumah tangga namun beberapa tahun kebelakangan ini, di juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan.
| |

Ilyka sudah bergelar ibu. Foto mstar.com

Ilyka hampir tak dikenali. Foto mstar.com
|