|  www.artismelayu.net  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Ida Nerina, Sha'arin masih sah suami isteri

Sha'arin Blackrose
PLAINTIF
Kata Sha'arin, Ida Nerina halau dia dan minta cerai, dan dia ada melafazkan cerai itu dan dia yakin Ida Nerina mendengarnya. Foto mStar.

Ida Nerina
DEFENDAN
Kata Ida Nerina dia tak dengar pun Sha'arin lafazkan cerai. Foto mStar.

Kronologi

  • 26 Jun 2006 - Ida Nerina dan Sha'arin berkahwin.
  • 21 Jun 2009 - Ida Nerina tergelincir di tangga rumah mereka.
  • 22 Sep 2009 - Sha'arin dakwa telah melafazkan cerai ke atas Ida Nerina semasa di rumah mereka.
  • 12 Okt 2009 - Sha'arin memfailkan permohonan di mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerainya.
  • 1 Julai 2010 - Mahkamah memutuskan tidak wujud perceraian dan mereka masih sah suami isteri.

Info

Pelakon Ida Nerina yang lahir di Middlesex, England dan Sha'arin dari kumpulan Blackrose berkahwin pada 2 Jun 2006. Mereka ialah duda dan janda sebelum berkahwin. Mereka belum sempat mendapat anak. Namun Sha'arin ada dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, melalui perkahwinan pertamanya.

Kuala Lumpur, 1 Julai: Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan yang aktres Ida Nerina Husin, 45, dan suaminya bekas anggota kumpulan Blackrose, Sha'arin Mohammed Razali, 40, masih lagi suami isteri mengikut hukum syarak.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin selepas mendapati Sha'arin (plaintif) gagal memberi bukti yang sewajarnya terhadap lafaz cerai yang didakwa dilafazkannya pada 22 September 2009 di rumah pasangan itu di Petaling Jaya.


Foto mStar.com.my

Kali ni Ida Nerina muncul dulu. Sebaliknya Sha'arin pula yang tidak datang. Dia datang hanya lepas mahkamah tutup kedai. Jadi Hakim membuat keputusan tanpa kehadiran Sha'arin. Ida Nerina masih berkerusi roda, berselendang dan bercermin mata gelap. Kali ni yang menolak kerusi rodanya ialah aktres Nanu Baharudin dengan ditemani oleh dua orang lagi rakannya. Sha'arin ni ikut perangai Radhi OAG, lambat sampai ke mahkamah. Padahal dia ialah plaintif.

Prosiding sebelum ni:
Ida Nerina yang minta cerai

Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah diberitahu yang Ida Nerinalah yang minta dia diceraikan. Kejadian berlaku pada 22 September 2009, pukul 11 pagi di bilik tidur rumah mereka di Metropolitan Square, Damansara Perdana. Pada pagi itu ada pertengkaran antara Sha‘arin dengan Ida Nerina. Sejurus selepas pertengkaran, Ida Nerina suruh Sha‘arin keluar rumah dan suruh Sha‘arin ceraikannya. Pengakuan tersebut dinyatakan oleh Sha‘arin Mohd razali dengan tenang ketika disoal dalam mahkamah baru-baru ini.

Bila ditanya apa reaksi dia, Sha'arin berkata "Baiklah, saya ceraikan kamu." Namun Sha'arin tidak menyatakan berapa jumlah talak yang dilafazkannya. Sejurus selepas itu dia mengarahkan pembantu rumahnya mengemaskan barang-barang miliknya sebelum keluar dari rumah mereka.

Kata Sha'arin lagi, semasa melafazkan cerai tersebut, dia 'normal, waras, tidak tertekan dan ada sedikit marah tetapi tidak sampai tahap gila. Sha'arin juga memberitahu Mahkamah bahawa dia membuat lafaz cerai itu tanpa ugutan defendan (Ida Nerina), orang lain serta di bawah pengaruh apa-apa bahan yang mengkhayalkan. Sha'arin beranggapan Ida Nerina dapat mendengar lafaz cerainya itu walaupun tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Mengikut laporan media, Sha’arin atau lebih dikenali dengan nama Shamrin Blackrose melafazkan cerai di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Selangor.

Cerita penceraian mereka bukan lagi satu benda yang aneh dalam dunia hiburan tempatan memandangkan kes ini sudahpun beberapa kali dibicarakan. Namun adegan halau menghalau antara pasangan yang bernikah pada 2 Jun 2006 ini adalah sesuatu yang baru diketahui. Masa berkahwin bukan main romantis lagi. Bila dah kahwin, siap boleh halau laki pula. Begitulah kehidupan sesetengah artis kita.

Sejak kes cerai mereka mula naik turun di Mahkamah, Ida Nerina belum pernah menjejakkan kaki ke Mahkamah lagi. Semasa Sha‘arin memberi keterangannya itu, Ida Nerina dipercayai sedang mendapatkan rawatan di India. Kecederaan tulang belakangnya masih belum pulih.

Ida Nerina sakit belakang

Ida Nerina telahpun pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan tulang belakang di India. Ida Nerina bagaimanapun masih belum boleh berjalan lagi walaupun kesihatannya beransur pulih. Pelakon filem 'Susuk' dan 'Anak' itu sebelum ini pernah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ida Nerina mengalami kecederaan tulang belakang selepas dilaporkan terjatuh ketika menaiki tangga di kediamannya di Persiaran Syed Putra, 21 Jun tahun lalu.

Bagaimana kalau lafaz cerai itu berlaku?

Kata Sha'arin, Ida Nerina telah meminta cerai dan menghalaunya dari rumah mereka. Lalu dia melafazkan cerai tersebut. Namun Ida Nerina dalam perbicaraan terdahulu mendakwa dia tidak mendengar lafaz tersebut dibuat. Sha'arin kata dia dah ceraikan Ida Nerina. Ida Nerina kata dia tak dengar pun. Sha'arin failkan permohonan di mahkamah untuk sahkan perceraian tersebut. Tapi hakim kata tak cukup bukti yang Sha'arin menceraikan Ida Nerina. Jadi apa kesudahan sekarang? Kata Hakim, mereka masih suami isteri. Tapi bagaimana kalau betul Sha'arin ada lafazkan cerai yang menyebabkan mereka bukan lagi suami isteri?


Ida Nerina

Balik dari berubat di India

Akhirnya Ida Nerina yang baru balik dari India kerana rawatan perubatannya telah muncul di Mahkamah. Kata Ida Nerina, dia memang nak bercerai dengan Samrin, tapi dia tidak menyebut 'ceraikan aku' seperti yang didakwa oleh Samrin.

Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 1 Julai ini untuk membuat keputusan perbicaraan kes tersebut. Hakim turut mengarahkan pihak plaintif (Sha'arin) dan defendan (Ida) untuk mengemukakan penggulungan hujah pada 21 Mei dan 21 Jun.

Gambar di sebelah, Ida Nerina di Mahkamah. Semua macam berkabung di kawasan perkuburan. Yang tolak kerusi roda tu ialah Susan Lankester. Yang sebelah tu ialah Atilia, anak Salamiah Hassan. Foto Samuel Ong, The Star.

www.artismelayu.net