Hattan

Hattan yang rock, suatu masa dulu

Hattan sekarang

Hattan masa zaman berlakon filem
Nama asal Hattan ialah Mohd Shukri bin Shahabudin. Hattan lahir pada 21 Disember 1964 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Hattan pernah menjadi vokalis kumpulan Pratayuda (album 'War Rock 1 - Pelbagai Artis', 1987) dan kemudian kumpulan FRU (album 'Kelahiran', 1988). Selain dari menjadi penyanyi, Hattan juga ialah seorang pencipta lagu, penerbit album dan pelakon. Pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-6 (1999), album Hattan, 'Biso Bonar' menang award bagi 'Kulit Album Terbaik'. Kulit album tersebut adalah rekaan KS Chow.
Antara pencapaian Hattan ialah bertanding sebagai pencipta lagu 'Tashkopruzadah' nyanyian Ruhil Amani dalam ABU-Golden Kite World Song Festival 1990 peringkat Malaysia. Selain itu, Hattan ialah juara bulanan pertandingan Muzik-Muzik TV3 bagi lagu 'Memburu Rindu' (1991). Sebuah album terbitan Hattan untuk penghargaan kepada M.Nasir berjudul 'Mentor' (1994) terjual melebihi 125,000 unit.
Antara album solo Hattan ialah 'Sangkar Terasing' (1987), 'Hitam Bukan Impian' (1991), 'Antem' (1992), 'Ana Permata Timur' (1993), 'Mentor' (1994), 'Satu Malaya Dah Tahu' (1996), 'Biso Bonar' (1998), 'Aku Dan Mentor' (2000), 'Palestin' (2002), 'Rock Malaya - Greatest Hits 1990-2005' (2005), dan 'Masterpiece' (2007).
Hattan pernah berlakon dalam filem 'Selubung' (1992) sebagai pelakon pembantu, 'Who Am I?' (1998) sebagai pelakon undangan, 'Buli' (2004), juga sebagai pelakon undangan, dan 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' (2007) sebagai pelakon pembantu.
Jom lihat kes saman bekas isteri Hattan Berita terkini, Hattan nafikan dia nak kawhin lagi
|