 |
Haliza Misbun tak kisah tayang 'asets'
Nama: Haliza Misbun
Tarikh Lahir: 14 Mei 1973
Tempat Lahir: Kuala Lipis, Pahang
Tinggi: 5'3"
Berat: 55kg
Keluarga: Kedua dari 6 org adik beradik
Anugerah: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Skrin (ASK) 1997/1998 menerusi drama Cinderalla; Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Air Mata Ibu) dan Pelakon Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Odisi), Pelakon wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2004 menerusi drama Sumayah dan trofi Aktres Telefilem Pilihan Juri (telefilem Schizoid) Anugerah Oskar.
Akademik: Ijazah Undang-Undang Islam (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – UIA)
Makanan Kegemaran: Masakan ibu dan makanan Barat
Minuman Kegemaran: Air kosong
Drama: Cinderella, Rohaya Roy, Gris & Gucci, Karmila, Jernih Kasih Myra, Kembalikan Amanda, Roy… Catatan Andartu
Filem: Abang 92, Scoop, Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta
|
Demi filem ‘Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’ Haliza Misbun beraksi sebagai wanita berusia lewat 30an bernama Nik Melati Sukma yang terpaksa mencari pasangan untuk dijadikan suami kerana mendapat tekanan daripada kedua orang tuanya. Dia hanya mempunyai masa 21 hari untuk mencari calon suami yang sesuai.
 Ari Wibowo turut berlakon dalam filem andartu ni.
Filem ini yang diterbitkan oleh syarikat milik Haliza Misbun sendiri iaitu Big Productions Sdn Bhd menelan belanja kira-kira RM1.1 juta dan dibintangi oleh Haliza Misbun sendiri sebagai Nikki, Ari Wibowo, adik iparnya sendiri iaitu Awie, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Abby Abadi, Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Talib, dan Fara Fauzana. Turut membuat penampilan istimewa ialah Datuk Rahim Razali dan Erra Fazira.
Satu perkara yang menarik minat pihak media ialah Haliza Misbun tampil ‘daring’ dalam filem ini. Boleh dikatakan dia kerap kali menayangkan ‘asetnya’ kepada penonton. Pendek kata, penonton akan puas melihat ‘lurah dendam’ pelakon yang masih tidak berumahtangga ini.
“Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah ‘tayang’ aset yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama.”
“Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang.”
“Filem terakhir saya, ‘Scoop’ (13 tahun dahulu) tidak begitu berjaya dan ada pihak yang menyalahkan saya kerana berpendapat wajah saya tidak boleh dijual. Jadi, saya harap dengan filem terbaru ini, persepsi orang akan berubah.”
Suatu masa dulu Haliza Misbun mendapat gelaran sebagai 'Cinderela Malaysia'. Dulu juga dia pernah menampar seorang VIP berpangkat Datuk. Haliza Misbun memang terkenal dengan watak garangnya. Haliza Misbun mula berlakon sejak berumur 16 tahun.
 Ada nampak apa-apa 'asets'?
|