|
 Foto Harian Metro
 Foto dari pencarian Google
 Foto mStar.com.my
Jom beri komen anda di sini!
| |
Tiga akhbar menyiarkan pengakuan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, bahawa Rizal Ashram Ramli (Jejai), 34, adalah kekasihnya.
Kata Fasha Sandha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan mula rapat selepas Rizal bercerai dengan pelakon Nora Danish pada 12 Ogos 2008.
Mereka berdua dengan rasminya mengesahkan untuk menjadi pasangan kekasih di Pulau Lang Tengah, Terengganu pada 18 Mei lalu ketika Rizal membuat kejutan dengan tiba menaiki helikopter semasa Fasha Sandha sedang menjalani penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production. Kehadiran Rizal bertujuan untuk melamar Fasha Sandha menjadi kekasihnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka.
Sebelum ni asyik menafikan. Tapi sekarang sudah mengaku.
 |
Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang.
Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia.
Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya.
|  |
Rizal Ashram Ramli ialah anak bekas Menteri Besar Perak dan bekas suami pelakon Nora Danish.
 |
Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia.
|  |
Bukan perampas suami orang
Fasha Sandha menolak dakwaan yang dia adalah perampas suami orang dan menjadi pemusnah rumah tangga Nora Danish. Sebaliknya kata Fasha Sandha, dia dan Jejai sebelum ini hanyalah sekadar berkawan biasa tanpa ada apa-apa perasaan. Jadi perpisahan Jejai dengan Nora Danish tiada kena mengena dengannya.
Pernah buat pengakuan Januari lalu
Sebelum ini gosip hubungan mereka semakin kuat apabila Fasha Sandha membuat pengakuan yang dia dilamar oleh Jejai pada 3 Januari lalu. Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman sosial MySpace miliknya. Namun, keluarga Fasha Sandha dikatakan menentang hasrat tersebut kerana bimbang keluarga Jejai tidak akan merestui hubungan mereka.
Komen Jejai
Jejai yang ditemui wartawan sebuah akhbar memberi komen bahawa tidak terlintas pun di fikirannya tentang hal perkahwinan dia dengan Fasha Sandha. Kata Jejai semua perkara lain akan dibincangkan apabila tiba masanya. Buat masa ini dia dan Fasha Sandha mohon diberi sedikit ruang dan privasi.
Sumber berita dari Harian Metro, KOSMO!, mstar.com.my
|