ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster

Kumpulan Eva

Eva

Nama Eva ni bukan Maria Eva, penyanyi dangdut Indonesia yang ada scandal dengan ahli politik. Bukan juga Eva Longoria, pelakon sexy Desperate Housewives. Eva adalah kumpulan dangdut anak Malaysia. Dianggotai oleh Reina, Mimi, Linda dan Izzu, kumpulana ini pernah popular seketika pada tahun 1996 dengan lagu “Bulan Cinta”. Mempunyai sebuah album bertajuk “1001 Cinta” dibawah syarikat Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Eva ialah artis dangdut berkumpulan pertama di Warner Music. Album mereka tidak mendapat sambutan. Mungkin kerana kekuatan tersendiri yang ada pada artis dangdut solo pada masa itu seperti Amelina, Mas Idayu dan Sheeda.
Lagu-lagu dalam album “1001 Cinta”:
1. Bulan Cinta
2. Tinang Tinong
3. Jangan Bersandiwara
4. Tidak Semua Laki-Laki
5. Cintaku Hanya Untukmu
6. Waktu Itu
7. Cinta Pertama
8. Pilih-Pilih
9. 1001 Cinta
10. Getar Cinta

Penerbit Album : Ruslan Mamat

Clip Eva: Bulan Cinta di youtube:

ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster