ArtisMelayu.net  |  Home  |  Forum Artis  | 

Erra nasihatkan Umie khawin cepat

Erra dan Umie Aida

"Saya nasihat dia supaya kahwin cepat, tak elok bercinta lama-lama," kata Erra sambil tersenyum manis memandang Umie Aida. Umie yang tersenyum mendengar usikan Erra mengakui, perkenalan dengan kekasihnya yang bergelar Datuk itu menemui jalan sukar pada peringkat awalnya.

"Sehingga kini kami telah lima bulan saling mengenali. Dua bulan yang pertama saya memang terasa sukar untuk menerima kerana saya jenis yang susah untuk menyukai atau jatuh cinta dengan seseorang. Entah bagaimana, makin lama perkenalan itu memperlihatkan keikhlasannya. Sebab itu saya cuba untuk berkawan terlebih dahulu. Alhamdulillah, akhirnya timbul juga rasa suka terhadap dirinya dan anak-anak kami kini masing-masing 'kamcing' antara satu sama lain," kata Umie sambil mendedahkan bakal berhari raya di rumah bakal suaminya lebaran nanti.

 |  Home  |