|  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Update kes tuntutan fasakh
Erema terhadap Seri Bayu

Erema
Erema (Foto mstar)

Peguam Erema tarik diri

Kes tuntut fasakh penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 27, belum pun selesai lagi, tapi peguamnya telah menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut. Peguam syarie Ahmad Tarmizi Shariff menghantar notis bagi memaklumkan penarikan diri pada 22 Februari lalu di Mahkamah Syariah. Kata peguam Erema, dia dimaklumkan oleh Erema beberapa minggu sebelum itu yang khidmatnya tidak perlukan lagi. Tiada alasan yang diberikan oleh Erema. Mungkin Erema tidak berpuas hati dengan cara peguam tersebut mengendalikan kes itu dan mahu mengupah peguam lain.

Sudahlah hilang peguam, Erema diberikan notis amaran pula ekoran gagal hadir ke mahkamah pada hari berkenaan. Mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada 17 Mei depan.

Kes sebelum ini

Pada 22 Disember lalu, Mahkamah memerintahkan Maybank mengeluarkan penyata Erema mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat. Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan Seri Bayu ke dalam akaun miliknya. Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007.

Tuntutan fasakh Erema

Erema menuntut fasakh (nak ceraikan suami) ke atas penulis lirik Seri Bayu (Jamaludin Sulik). Dalam mahkamah sebelum ini, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya. Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi. Penyanyi lagu Pelita di Bawah Purnama itu memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu. Pasangan itu bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu menderita penyakit saraf.

www.artismelayu.net