|  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Darling palsukan dokumen

Darling
Darling di luar mahkamah
(Foto KOSMO!)

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Kes pelakon dan penerbit Nasreen Ngasri yang lebih dikenali sebagai Darling yang didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai cagaran berharta, akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 16 April ini. Hakim Asmadi Hussin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nasuha Mohamed Ali menyerahkan beberapa dokumen yang belum diserahkan kepada peguam bela Amir Feisal Ariff yang mewakili Nasreen.

Pada 6 Februari lalu, Nasreen Ngasri, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu "Director"s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd." bertarikh 16 Ogos 2007. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh Nasreen pada 16 Ogos 2007 di RHB Berhad, Jalan Tun Razak. Nasreen didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan denda. Nasreen dibebaskan dengan ikan jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Jail 20 tahun, lama tu.

www.artismelayu.net