Daphne Iking dah bercerai

Daphne dah bercerai
“Secara rasmi saya sudah berpisah dengan Ryan Chong Yiing Yih. Perceraian secara baik dan tidak ada yang perlu diperbesarkan,” kata Daphne M. Iking dalam akhbar tempatan. Daphne Iking mengakui hubungan dia dan suaminya tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu perpisahan adalah jalan penyelesaian terbaik buat mereka berdua. Mereka berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia. Hasil perkahwinan mereka ialah Isobel Daniella Iking - Chong yang kini berusia 21 bulan.

Bawa aksi lasak dalam filem My Spy
Daphne Iking bakal muncul dalam filem aksi komedi terbaru arahan Afdlin Shauki, My Spy. Daphne Iking membawa watak yang agresif dalam filem ini. Kebanyakan adegan lasak dalam filem ini dilakonkan Daphne Iking sendiri seperti bergaduh, melompat dari tempat tinggi dan memandu jet ski.

Gagal selamatkan perkahwinannya

Daphne Iking
Mungkinkah perceraian Daphne Iking dan suaminya ada kena mengena dengan kes mahkamah Ogos lepas? Dalam kes tersebut, suami Daphne Iking mendakwa seorang tokoh korporat, Choy Kin Ming cuba 'memikat' Daphne Iking dan 'menarik' Daphne Iking supaya meninggalkannya. Kes tersebut adalah bawah Seksyen 498, Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.
Darren, 44, didakwa atas tuduhan memikat Daphne Eleanor Iking, 30, yang merupakan isteri kepada Ryan Chong Yiing Yih, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya. Perbuatan itu didakwa dilakukannya di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr. Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008. Peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ryan mengetuai pendakwaan kes saman itu mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
|