Camelia atau nama sebenarnya, Dayang Nur Camelia Abang Khalid dilahirkan pada 20 Jun 1974.
Dia berasal dari Kuching, Sarawak.
Camelia ialah artis Virgin Records. Antara album Camelia adalah 'Camelia', 'Memori', 'Mimpi', 'Untukmu', 'Mysticam'
Camelia berkemampuan mencipta lagu.
Camelia pernah mengendalikan program Casa Impian menerusi Astro Ria.
Camelia pernah bergelar duta produk terkemuka seperti L’Oreal, Tag Heuer, Wacoal, Epson, Pantene dan terbaru, Omega.
Setakat ini pencapaian terbaik Camelia adalah dinobatkan sebagai 'Artis Baru Terbaik' & 'Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album' (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.
Camelia turut berbakat sebagai jurugambar.
Ketika menghadiri Paris Fashion Week tidak lama dulu, jurugambar profesional, Luc Fournol sempat merakamkan aksi Camelia.
Camelia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ehsan Tun Ahmad Zaidi.
Namun rumah tangga mereka tidak mampu bertahan lama apabila mereka berpisah sejak November 1999.
Tidak lama selepas itu Ehsan berkahwin dengan pelakon dan anggota Elite, Azzarima Zawari atau Azza.
Camelia masih solo hingga kini. Camelia ialah seorang fashionista. Camelia pernah berhubungan dengan Wira Dani Daim, anak tokoh korporat dan bekas pemimpin politik negara. Namun selepas lima tahun intim dengan Wira Dani, Camelia ditinggalkan. Rumors mengatakan yang Wira Dani 'dirampas' oleh pengacara seksi Raja Hendon Mastura yang 'dibuang' oleh TV3 kerana keseksian melampaunya.
|